HomeSukanPiala Malaysia : Sabah FC waspada bertemu pasukan bekas 'Ketua Kampung Likas'

Piala Malaysia : Sabah FC waspada bertemu pasukan bekas ‘Ketua Kampung Likas’

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC tidak memandang rendah terhadap keupayaan pasukan bekas ‘Ketua Kampung Likas’ PT Athletic FC pada saingan Piala Malaysia 2024 pusingan 16 nanti.

Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata, kelab Liga A1 Semi Pro itu mungkin boleh mengatasi Sabah FC sekiranya gagal memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan yang dijangka akan diadakan 20 November ini.

Katanya, meskipun undian berpihak kepada Sabah FC namun kejohanan kalah mati pada saingan Piala Malaysia semua pasukan akan memberi cabaran sepenuhnya.

“Lebih menarik apabila kita akan bertembung semula dengan bekas pemain Sabah FC iaitu Amri Yahyah yang kini beraksi untuk PT Athletic.

“Kita tak boleh memikirkan jalan mudah apa yang penting Sabah FC harus layak ke peringkat seterusnya sekali gus tidak ingin memikirkan siapa lawan selepas itu,” katanya dalam kenyataan di sini/

Kim Swee berkata, ketika ini Sabah FC mesti menewaskan PT Athletic FC terlebih dahulu dalam dua perlawanan penting ini nanti.

“Selepas itu, baru kita memikirkan langkah seterusnya, Kalau kita lihat senarai pemain PT Athletic mereka dibarisi oleh pemain cukup berpengalaman.

“Kita harus waspada dengan apa jua yang akan berlaku dalam perlawanan itu nanti termasuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada beberapa pemain lain menyertai PT Athletic FC dilihat mempunyai pengalaman luas dalam Liga Malaysia,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Ram Singh dilantik sebagai Presiden Persatuan Memanah Negeri Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular