HomeUtamaSBH Kibing, dua GLC Sabah meterai perjanjian untuk kilang kaca solar

SBH Kibing, dua GLC Sabah meterai perjanjian untuk kilang kaca solar

Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu: SBH Kibing Solar New Energy (M) Sdn Bhd hari ini memeterai perjanjian besar dengan dua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Sabah untuk kilang pembuatan kaca solar baharu bernilai RM7.2 bilion di Kimanis.

Majlis pemeteraian itu disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di sini hari ini.

Hajiji berkata, pelaburan baharu itu penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sabah selain mampu mewujudkan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan.

Pertukaran pertama adalah perjanjian pajakan sub antara SBH Kibing dan Fokasrama Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kumpulan Sawit Kinabalu.

Perjanjian pajakan sub itu membuka jalan bagi pembangunan kilang pembuatan kaca solar yang canggih yang dijangka menjadi salah satu kemudahan terbesar seumpamanya di rantau ini.

Pembangunan ini merupakan sebahagian daripada rancangan SBH Kibing untuk mengembangkan infrastruktur tenaga boleh diperbaharui Sabah selain meningkatkan kedudukannya dalam pasaran tenaga solar global, dan melengkapkan kilang sedia ada syarikat yang berpangkalan di China di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Kemudahan kaca solar baharu ini juga menonjolkan komitmen Kibing terhadap pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui di Sabah dan mewujudkan tapak pembuatan utama di Sabah.

Mewakili Fokasrama Sdn Bhd ialah Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Victor Ationg, manakala Pengerusi SBH Kibing Solar New Energy (M) Sdn Bhd, William Chen.

Pertukaran dokumen kedua bagi Heads of Agreement antara SBH Kibing Solar New Energy (M) Sdn Bhd dan Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) untuk membekalkan 45 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) gas asli bagi menyokong operasi kilang baharu tersebut.

Sebagai pembekal utama gas asli Sabah, SEC terus memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi serantau melalui penyelesaian tenaga yang boleh dipercayai dan lebih bersih.

Mewakili SEC ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Adzmir Abd Rahman, dan Timbalan Pengarah Urusan SBH Kibing Solar New Energy, Celine Li.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe, Pengerusi SEC Datuk Annuar Ayub, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, serta pegawai-pegawai kanan yang mewakili pihak yang menandatangani perjanjian tersebut.

Ketua Menteri kemudiannya mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah Sawit Kinabalu dan Borneo Samudera. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tragedi Lemas di Pantai Bundusan: Dua Mangsa Masih Hilang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular