HomeUtamaBelanjawan 2025 bertemakan 'Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera' dibentang esok

Belanjawan 2025 bertemakan ‘Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera’ dibentang esok

Read Time:29 Second

Kota Kinabalu: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun hari ini menerima dan membuat semakan terakhir terhadap Teks Ucapan Belanjawan 2025.

Belanjawan 2025 yang bertemakan Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera dan akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah esok pada jam 3 petang.

Teks Ucapan Belanjawan 2025 itu diserahkan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pembangunan) Chee Shok Ting bersama Timbalan Setiausaha Tetap (Operasi), Anthea James Jipanus, Setiausaha Rendah Bahagian Belanjawan, Mohd Faizal Mohd Tahir.

Penyerahan teks itu disaksikan Pembantu Menteri I Datuk Julita Majungki dan Pembantu Menteri II Tan Lee Fatt, serta pegawai-pegawai lain. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Banyak pengisian baharu yang menarik sempena Regatta Lepa ke-29

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular