HomeUtamaJangan terlibat dengan kumpulan ajaran sesat - JHEAINS

Jangan terlibat dengan kumpulan ajaran sesat – JHEAINS

Read Time:2 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) mengingatkan para imam atau guru takmir di negeri ini agar tidak terpengaruh dengan kumpulan yang diwartakan sebagai ajaran sesat di negeri ini.

Pengarah JHEAINS Datuk Jumain Abdul Ghani berkata, Kerajaan melalui Pejabat Mufti Negeri Sabah sebelum ini telah mewartakan sebanyak 16 ajaran sesat di Sabah.

“Kita seharusnya peka dan mengambil pendekatan pro aktif dalam menangani ancaman atau hasutan daripada kelompok atau kumpulan yang diwartakan sesat ini.

“Janganlah pula ada imam atau guru takmir yang terpengaruh atau terhasut  oleh dakyah kelompok ini.  Para imam dan guru takmir perlu memantap dan melengkapkan diri termasuklah menguasai aplikasi terkini khususnya dalam dunia media sosial dan pendigitalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Tafaqquh Fid Din Imam dan Guru Takmir peringkat negeri Sabah di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini semalam.

Jumain berkata, imam dan guru takmir perlu menjadi benteng dan perisai dalam mempertahankan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah diwartakan di Sabah.

“Sesungguhnya para imam dan guru takmir seharusnya bersyukur kerana tugas untuk mengimarahkan masjid dan surau adalah satu tugas yang mulia.

“Jadikan ruang dan peluang yang ada ini untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat.  Para imam perlu faham dan sedar peranan dan fungsi imam,”katanya. –

Kota Kinabalu : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) mengingatkan para imam atau guru takmir di negeri ini agar tidak terpengaruh dengan kumpulan yang diwartakan sebagai ajaran sesat di negeri ini.

Pengarah JHEAINS Datuk Jumain Abdul Ghani berkata, Kerajaan melalui Pejabat Mufti Negeri Sabah sebelum ini telah mewartakan sebanyak 16 ajaran sesat di Sabah.

“Kita seharusnya peka dan mengambil pendekatan pro aktif dalam menangani ancaman atau hasutan daripada kelompok atau kumpulan yang diwartakan sesat ini.

“Janganlah pula ada imam atau guru takmir yang terpengaruh atau terhasut  oleh dakyah kelompok ini.  Para imam dan guru takmir perlu memantap dan melengkapkan diri termasuklah menguasai aplikasi terkini khususnya dalam dunia media sosial dan pendigitalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Tafaqquh Fid Din Imam dan Guru Takmir peringkat negeri Sabah di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini semalam.

Jumain berkata, imam dan guru takmir perlu menjadi benteng dan perisai dalam mempertahankan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang telah diwartakan di Sabah.

“Sesungguhnya para imam dan guru takmir seharusnya bersyukur kerana tugas untuk mengimarahkan masjid dan surau adalah satu tugas yang mulia.

“Jadikan ruang dan peluang yang ada ini untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat.  Para imam perlu faham dan sedar peranan dan fungsi imam,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular