HomeUtamaKKIP Power bayar dividen RM3.14 juta

KKIP Power bayar dividen RM3.14 juta

Read Time:33 Second

Kota Kinabalu : Dividen sebanyak RM3.14 juta telah diserahkan oleh KKIP Power Sdn Bhd kepada syarikat induknya, KKIP Sdn Bhd, bagi tahun berakhir 2023.

Pengerusi KKIP Power, Datuk Dr Joseph Lee menyerahkan cek tersebut, yang merupakan sebahagian daripada dividen RM6.15 juta yang diisytiharkan oleh KKIP Power, kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Phoong Jin Zhe yang juga merupakan Pengerusi KKIP Sdn Bhd.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor turut menyaksikan majlis ringkas itu di Menara Kinabalu di sini.

KKIP Sdn Bhd memegang 51 peratus saham dalam KKIP Power.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi KKIP Power, Datuk Tham Nyip Shen dan Ketua Pegawai Eksekutif, Charles Dalansing. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular