HomeUtamaTindakan tegas diambil terhadap pihak sembunyikan kes buli di sekolah

Tindakan tegas diambil terhadap pihak sembunyikan kes buli di sekolah

Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati menyembunyikan kes-kes berkaitan buli terutama melibatkan pelajar disekolah terlibat.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, ia termasuklah akan mengambil tindakan kepada pimpinan pentadbir sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru-guru.

“Ya, saya sudah beri ingatan berulang kali kerana garis panduan ini telah pun kita sebarkan pada semua sekolah khususnya di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), ini telah kita tegaskan berulang kali.

“Sebab itu, saya tidak mahu mana-mana sekolah, baik pengetua, guru besar dan guru-guru yang membuat pendekatan menyembunyikan kes-kes ini (buli). 

“Saya yakin bahawa bila kita ambil pendekatan menyelesaikan kes ini mengikut garis panduan dan juga prosedur sedia ada, kita akan dapat tangani kes ini dengan lebih berkesan khususnya dalam konteks melibatkan semua pihak, ibu bapa, komuniti dan juga masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Gerakan Kepimpinan Madani : Hentikan Buli di Sekolah Menengah (SM) Lok Yuk di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pengarah JPN Sabah Datuk Raisin Saidin.

Fadhlina berkata, pihaknya juga memberi ruang kepada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan proses yang sedia ada terutama menerusi garis panduan untuk menyerahkan kepada pihak autoriti untuk siasatan yang lebih lanjut.

“Kita tidak mahu pihak sekolah tidak mematuhi garis panduan kita. Garis panduan ini telah pun kita pertegaskan berulang kali dan mereka mesti mengikut semua proses itu supaya keadilan siasatan dapat dilaksanakan dengan telus.

“Ini bermakna dari segi kepercayaan anak-anak kita akan menganggap bahawa sekolah inilah tempat selamat. Itu yang penting supaya anak-anak dapat pergi sekolah dengan selamat dan urusan psiko sosial mereka, kesihatan mental mereka ini dapat dilakukan dengan segera khususnya apabila mereka terlibat dengan kejadian ini, ” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular