HomeUtamaBelanjawan Sabah 2025 : Penjawat awam Sabah terima bonus sebulan gaji

Belanjawan Sabah 2025 : Penjawat awam Sabah terima bonus sebulan gaji

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu : Penjawat awam Sabah akan menerima bantuan khas kewangan atau bonus sebulan gaji dengan minimum RM3,000.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, insentif itu akan mula dibayar pada Januari depan yang memberi manfaat kepada seramai 18,949 penjawat awam negeri.

“Kita sedar penjawat awam negeri adalah merupakan nadi utama jentera dan pentadbir perkhidmatan kerajaan. Oleh itu, selain daripada pelarasan gaji, Kerajaan Sabah juga ingin membawa khabar gembira kepada para penjawat awam negeri Sabah dengan memberikan bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM3,000.

“Ini termasuklah yang berstatus kontrak, vot terbuka dan pekerja sambilan harian. Bayaran bantuan khas kewangan ini yang melibatkan seramai 18,949 orang dengan implikasi kewangan sebanyak RM68.48 juta akan dibayar pada bulan Januari 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Masidi berkata, bagi menjaga kebajikan dan memastikan motivasi penjawat awam negeri sentiasa berada pada paras yang tinggi, Kerajaan Sabah juga akan turut menyemak semula kadar gaji penjawat awam negeri.

Katanya, ia adalah selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri berkaitan pelarasan gaji penjawat awam Persekutuan pada bulan September yang lalu

“Pelarasan ini adalah termasuk berstatus kontrak, vot terbuka dan pekerja sambilan harian. Kerajaan Sabah juga akan melaksanakan pelarasan gaji melalui dua fasa iaitu pada bulan Disember tahun ini dan fasa kedua pada tahun 2026.

“Pelarasan ini yang akan melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM149 juta merupakan hasrat kerajaan untuk merapatkan jurang pendapatan rakyat termasuk penjawat awam,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular