HomeUtamaBelanjawan Sabah 2025: RM102.87 Juta Diperuntukkan Memacu Industri Pelancongan

Belanjawan Sabah 2025: RM102.87 Juta Diperuntukkan Memacu Industri Pelancongan

Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah terus memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia menerusi Belanjawan 2025, dengan peruntukan sebanyak RM102.87 juta untuk sektor pelancongan, kebudayaan, dan alam sekitar.

Setakat Ogos 2024, Sabah telah menerima 2.09 juta pelancong, peningkatan 25.7% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya, dengan perbelanjaan pelancongan dianggarkan bernilai RM4.88 bilion. Sasaran kerajaan ialah mencapai 3 juta pelawat menjelang akhir tahun.

Bagi Tahun Melawat Malaysia 2026, Sabah menyasarkan 3.7 juta pelancong domestik dan antarabangsa, dengan perbelanjaan pelancongan diunjurkan berjumlah RM9.1 bilion.

Tambah Masidi lagi, Peningkatan akses penerbangan menjadi pemacu utama pertumbuhan pelancongan Sabah.

Sebanyak 140 penerbangan mingguan dari 12 syarikat penerbangan menghubungkan Sabah ke 19 destinasi antarabangsa, termasuk laluan baharu dari Jakarta, Shanghai, Bali, dan Guangzhou.

Kolaborasi dengan syarikat penerbangan tempatan dan antarabangsa akan terus dipergiat bagi memastikan 90% kemasukan pelancong yang melalui udara dapat ditingkatkan.

“ Inisiatif ini juga adalah selari dengan komitmen kerajaan bagi menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 yang menyasarkan 3.7 juta ketibaan pelancong domestik dan antarabangsa ke Sabah dengan Perbelanjaan Pelancongan berjumlah RM9.1 bilion.

Tambah Masidi lagi, Sebagai persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026, pelbagai program akan dilaksanakan pada tahun hadapan termasuklah memberi latihan upskilling dan reskilling kepada pengusaha luar bandar agar berupaya menyediakan perkhidmatan yang berkualiti.

Ini selaras dengan matlamat pembangunan modal insan yang menjadi salah satu tonggak utama Belanjawan ini. Selain itu, bantuan dari aspek promosi serta pemasaran juga akan diperhebatkan lagi dengan pelbagai kempen dan acara-acara ‘signature’ kepada negeri Sabah.

Tambah Masidi lagi, sebanyak RM13.66 juta diperuntukkan bagi memastikan warisan budaya dan kesenian di negeri ini terus kekal dan terpelihara.

Bagi memastikan khazanah budaya ini dapat dinikmati generasi masa ini dan dalam masa yang sama dapat merancakkan lagi Sektor Pelancongan tempatan, maka pelbagai program kebudayaan antaranya Museum Festival 2025, Kraf Eksotika dan Pesta Regatta Lepa akan disenaraikan dalam kalendar pelancongan negeri pada tahun hadapan.

Pendekatan ini dapat meningkatkan daya saing pelancongan berasaskan komuniti, iaitu satu kaedah efektif untuk mengagihkan hasil pendapatan industri ini secara lebih inklusif dan saksama katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular