HomeUtamaBelanjawan Sabah 2025 : Tumpuan Pembangunan Ekonomi, Kesejahteraan Rakyat dan Pelaburan

Belanjawan Sabah 2025 : Tumpuan Pembangunan Ekonomi, Kesejahteraan Rakyat dan Pelaburan

Read Time:3 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Belanjawan Negeri Sabah 2025 yang dibentangkan sebentar tadi menekankan tiga fokus strategik utama, iaitu pembangunan ekonomi, kesejahteraan rakyat, dan peningkatan pelaburan, dengan peruntukan besar untuk menyokong pertumbuhan inklusif dan meningkatkan taraf hidup rakyat Sabah.

Belanjawan Sabah yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun itu menekankan lima fokus utama untuk memastikan pembangunan inklusif dan memperkukuh sistem penyampaian kerajaan, sejajar dengan tema “Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera.”

Antara tonggak yang disentuh adalah mengenai usaha Kerajaan negeri dalam Menyokong Pembangunan Sektor Produktif yang memberikan tumpuan kepada sektor-sektor produktif seperti pertanian, perindustrian, dan pelancongan.

Strategi ini termasuk menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan pendapatan negeri.

Menangani Ketidakseimbangan Sosioekonomi, Memesatkan Pembangunan Modal Insan, Meningkatkan Infrastruktur dan Kemudahan Awam serta Kecekapan Pengurusan dan Penyampaian Kerajaan.

Menyentuh mengenai Pembangunan Ekonomi, kata Masidi Sebanyak RM838.42 juta, diperuntukkan untuk memacu pertumbuhan sektor pertanian, perindustrian, dan pelancongan.

Sektor pertanian juga menjadi fokus utama dengan RM610.85 juta disalurkan, termasuk insentif khas untuk petani dan nelayan. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan hasil pertanian dan memperkukuh ketahanan makanan negeri.

Belanjawan ini turut memberikan perhatian terhadap kebajikan rakyat dengan peruntukan RM162.42 juta, termasuk bantuan persekolahan serta program sokongan untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.

Turut diumum oleh Masidi di dalam Belanjawan Sabah 2025 ini Dimana ianya memperuntukkan sejumlah besar dana untuk sektor pendidikan dengan fokus kepada pelbagai program biasiswa, bantuan tunai, dan insentif khas bagi meningkatkan akses dan kualiti pendidikan untuk pelajar negeri ini

Program Bantuan Pendidikan

  1. Biasiswa, Dermasiswa, dan Bantuan Pelajar Negeri
    o Peruntukan: RM127 juta.
    o Memanfaatkan 7,130 pelajar aktif dan 3,000 pelajar baru.
  2. Sumbangan Mahasiswa Pendidikan Tinggi dalam Sabah (SENTOSA)
    Bantuan one-off sebanyak RM300 seorang untuk mahasiswa.
  3. Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI)
    RM2,000 untuk pelajar ijazah.
    RM1,500 untuk pelajar diploma/matrikulasi.
    Disediakan sebagai bantuan pendaftaran untuk pelajar yang melanjutkan pengajian.
  4. Bantuan Subsidi Tiket Penerbangan (SUBFLY)
    Subsidi RM600 seorang kepada pelajar IPT Sabah yang belajar di Semenanjung Malaysia, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk perjalanan pulang ke Sabah.

Sokongan Kepada Sekolah

  1. Sumbangan Kegiatan Sekolah (SUKSES)
    Bantuan one-off sebanyak RM3,000 kepada 1,500 buah sekolah untuk menyokong aktiviti pendidikan.
  2. Program Pemberian Bantuan Persekolahan
    Peruntukan: RM26.06 juta.
    Memanfaatkan 291,275 murid di seluruh Sabah.

Program Bantuan Lain
Kerajaan juga meneruskan pelbagai inisiatif pendidikan yang lain termasuk:
• Bantuan Ihsan Komputer (BAIK): Membantu pelajar mendapatkan peralatan ICT.
• Bantuan Khas Peperiksaan (BAKTI): Menyokong pelajar menduduki peperiksaan penting.
• Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI): Menyokong simpanan pendidikan.
• Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA): Mengiktiraf pelajar cemerlang.
• Bantuan Aktiviti PIBG (BAGUS): Menyokong aktiviti PIBG di sekolah.
• Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH): Menambah baik prasarana sekolah.
• Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU): Memastikan pendidikan berkualiti untuk semua.

Manakala dari segi pelaburan, menurut Masidi, Setakat Jun 2024, Sabah telah menerima pelaburan domestik dan asing bernilai RM1.7 bilion .

Katanya Sabah telah menerima pelaburan sebanyak RM1.7 bilion yang merangkumi pelaburan dalam dan luar negara di dalam Sektor Utama, Perkilangan dan Perkhidmatan
Projek ini merupakan langkah strategik untuk menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi, khususnya dalam sektor perindustrian, sekaligus membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri.

“ Kadar pertumbuhan bagi sektor pembuatan di Sabah pada tahun 2023 adalah sebanyak 4.4 peratus mengatasi pertumbuhan purata Sektor Pembuatan nasional iaitu sebanyak 0.8 peratus, seterusnya menjadikan kadar pertumbuhan Sektor Pembuatan di Sabah yang tertinggi di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, Kumpulan Kibing, melalui anak syarikatnya SBH Kibing New Solar Energy (M) Sdn Bhd, telah mengumumkan pelaburan bernilai RM7.2 bilion untuk membina sebuah kilang pembuatan kaca solar baharu di Sabah. Projek ini akan dijalankan dalam tiga fasa dan dijangka menawarkan 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini.

Selain itu, Kumpulan Kibing turut merancang untuk meningkatkan kapasiti penghasilan kaca solar di kilangnya yang sedia ada di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dengan menambah barisan pengeluaran ketiga. Penambahan ini melibatkan pelaburan tambahan bernilai RM700 juta dan bakal mewujudkan 600 lagi peluang pekerjaan.

Pelaburan strategik ini dijangka memperkukuh kedudukan Sabah sebagai hab industri solar, selain memberikan impak positif kepada ekonomi dan peluang pekerjaan tempatan.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular