HomeIsu tempatanLebih 300 orang hadir program PeKa B40

Lebih 300 orang hadir program PeKa B40

Read Time:57 Second

Kota Kinabalu : Lebih 300 orang sekitar bandaraya Kota Kinabalu hadir memanfaatkan program pemeriksaan kesihatan percuma Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40).

Program yang diadakan di lobi Wisma Tun Fuad Stephens itu dianjurkan Pusat Khismat Masyarakat Api-Api dengan kerjasama Permai Polyclinics Group di sini baru-baru ini 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Seri Christina Liew turut mengambil peluang untuk memeriksa tahap gula dalam dirinya.

“Saya gembira dengan maklum balas positif daripada masyarakat awam, kami di sini berkhidmat kepada rakyat.

“Saya juga dimaklumkan oleh Pengurus Besar Permai Polyclinics Group, Datuk Margaret Lim bahawa jumlah berkenaan adalah yang tertinggi setakat ini menerusi program berkenaan,” katanya.

Margaret yang mengetuai program berkenaan melaporkan 335 peserta yang hadir tetapi hanya 122 saja layak untuk membuat pemeriksaan dibawah program PeKa B40.

Bagaimanapun katanya, mereka yang tidak layak masih dapat membuat pemeriksaan tekanan darah dan saringan tahap gula dalam badan sahaja.

“Dalam program ini, terdapat tiga pesakit kita cadangkan untuk berkunjung ke klinik kesihatan awam atau swasta bagi mendapatkan rawatan lanjut mengenai tahap tekanan darah serta tahap gula yang tinggi dalam badan, seorang pesakit pula mempunyai simptom penyakit gastrik,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular