HomeUtamaNGO selar individu tidak serah maklumat kepada SPRM

NGO selar individu tidak serah maklumat kepada SPRM

Read Time:1 Minute, 27 Second

PUTRAJAYA “Kita ini bukan Korea Utara di mana pemberi maklumat tidak selamat apabila membuat laporan,” tegas Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar, berikutan tindakan seorang individu yang mendedahkan video berkaitan rasuah kepada umum tanpa melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Zulkarnain yang menyelar tindakan tidak bertanggungjawab individu tersebut yang telah menimbulkan persepsi negatif terhadap mereka yang terlibat serta mencemarkan sistem undang-undang negara.

 “Jika beri alasan diugut bunuh, saya pun pernah menerima ugutan sama tetapi saya tidak dedahkan maklumat kepada umum, hanya SPRM sahaja yang tahu,” katanya dalam sidang akhbar selepas membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM tengah hari tadi.

Beliau turut menyatakan bahawa isu ini semakin menjadi viral dengan kemunculan video baru setiap hari. Sebagai seorang aktivis yang telah lebih 30 tahun terlibat dalam masyarakat, Zulkarnain juga merupakan salah seorang penggerak Sekretariat Anti-Rasuah Malaysia.

Menurut Zulkarnain, di bawah Seksyen 25 Akta SPRM 2009, adalah satu kesalahan jika seseorang mengetahui mengenai amalan rasuah tetapi tidak melaporkannya kepada SPRM. Beliau turut meminta penjelasan daripada SPRM berkenaan akta ini dan mengesahkan bahawa akta tersebut masih berkuat kuasa.

Zulkarnain menekankan bahawa individu yang tampil sebagai pemberi maklumat atau pengadu kepada SPRM akan diberikan perlindungan penuh. Beliau juga mendesak SPRM untuk segera memanggil pemberi maklumat dan pengadu berkaitan kes ini agar siasatan dapat dijalankan.

“Saya buat laporan hari ini berhubung pengadu yang tidak melaporkan kepada SPRM tentang kes ini, supaya ia menjadi pengajaran. Apabila kamu mengetahui amalan rasuah, jangan pertahankan pelaku,” jelasnya. Menurutnya, tindakan pemberi maklumat itu telah menimbulkan persepsi salah dalam kalangan ramai pihak.

Beliau juga menyerahkan beberapa dokumen kepada SPRM bagi membantu siasatan terhadap pengadu dan pemberi maklumat. Mengenai video yang tersebar, Zulkarnain menegaskan bahawa beliau tidak akan masuk campur dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak SPRM.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular