HomeUtamaBelanjawan Sabah 2025 : Bantuan khas RM300 kepada golongan miskin selama setahun

Belanjawan Sabah 2025 : Bantuan khas RM300 kepada golongan miskin selama setahun

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah buat julung kalinya akan menyalurkan bantuan khas sebanyak RM300 kepada golongan yang terkesan dalam kategori miskin dan miskin tegar bermula tahun depan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bantuan yang disalurkan menerima Program Sentuhan Kasih Rakyat itu akan dilaksanakan selama setahun melibatkan peruntukan berjumlah RM358.5 juta.

Katanya, program itu juga adalah bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup yang lebih tinggi khususnya di negeri ini.

“Bantuan ini juga diharap dapat mengurangkan beban kewangan dalam tempoh tertentu sekaligus memberi ruang kepada mereka untuk menyesuaikan diri dan mencari ikhtiar lain dalam menambah pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini semalam.

Masidi berkata, Kerajaan turut menyalurkan bantuan sekali bayar sebanyak RM5,000 yang buat pertama kalinya disediakan oleh Kerajaan Sabah sebagai tanda keprihatinan kepada peniaga gerai kecil tepi jalan yang mempunyai lesen perniagaan yang sah.

“Usaha-usaha ini merupakan antara sebahagian usaha berterusan Kerajaan Sabah bagi memastikan golongan miskin ini tidak ketinggalan dari arus perdana pembangunan, baik dari segi taraf hidup dan kebajikan mahupun ekonomi.  

“Selain itu, Sabah turut memperuntukkan sebanyak RM250 juta iaitu peningkatan seratus peratus peruntukan bagi pembinaan sebanyak 3,000 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di semua 73 kawasan DUN) dan setakat Oktober ini, sebanyak 4,482 buah Rumah Mesra SMJ telah dibina,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi berkata, peruntukkan sebanyak RM214 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja di bawah peruntukan khas dan projek pembangunan kecil bagi pembinaan serta penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam di seluruh Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Belanjawan Sabah 2025 : Dua program bantuan pendidikan baharu diperkenal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular