HomeUtamaBelanjawan Sabah 2025 : Dua program bantuan pendidikan baharu diperkenal

Belanjawan Sabah 2025 : Dua program bantuan pendidikan baharu diperkenal

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah memperkenalkan dua program bantuan baharu kepada institusi pendidikan dan para pelajar di negeri ini bermula tahun depan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bantuan baharu itu termasuklah Sumbangan kepada Mahasiswa IPT Dalam Sabah (SENTOSA) dan Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES).

“Sumbangan SENTOSA secara sekali bayar sebanyak RM300 seorang dan bantuan ini adalah yang pertama kali diperkenalkan pada tahun hadapan selain sumbangan SUKSES secara sekali bayar sebanyak RM3,000 kepada 1,500 buah sekolah di Sabah untuk tujuan membiayai program sekolah.

“Selain itu, Kerajaan Sabah juga akan meneruskan pemberian bantuan sedia ada bagi tujuan anak-anak Sabah yang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Antara bantuan itu termasuklah peruntukan sebanyak RM127 juta untuk program biasiswa, dermasiswa dan bantuan  pelajar negeri kepada seramai 7,130 pelajar aktif di Institusi  Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara serta menyasarkan  penambahan penajaan kepada 3,000 pelajar baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2025 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini semalam.

Masidi berkata, Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) secara sekali bayar berjumlah  RM2,000 kepada setiap pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah, manakala RM1,500 kepada pelajar di peringkat  diploma dan matrikulasi juga akan turut diteruskan.

Selain itu katanya, turut diteruskan adalah  antuan Subsidi Tiket Penerbangan atau Graduan Rindu Sabah SUBFLY sebanyak RM600 kepada setiap pelajar IPT Sabah  yang belajar di Semenanjung, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Selain itu, Kerajaan Sabah juga  akan meneruskan pemberian bantuan yang lain seperti Bantuan Ihsan  Komputer (BAIK), Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Ihsan 

Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA) dan Bantuan Aktiviti PIBG (BAGUS).

“Turut diteruskan Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH), dan Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU) dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM26.4 juta,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular