HomeUtamaKerajaan GRS-PH Plus angkat martabat rakyat, julang kedaulatan negeri, maju dan cemerlang

Kerajaan GRS-PH Plus angkat martabat rakyat, julang kedaulatan negeri, maju dan cemerlang

Read Time:3 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri yang diasaskan oleh gabungan GRS-PH Plus adalah platform terbaik untuk seluruh rakyat kerana ia bukan sahaja mendukung perjuangan yang inklusif, tetapi juga mengangkat martabat rakyat dan menjulang kedaulatan negeri, sekali gus meletakkan negeri ini ke landasan yang tepat, menuju kemajuan dan kecemerlangan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Jelas Hajiji, dalam konteks keluarga besar Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sungguhpun mempunyai latar belakang yang berbeza dari segi pendekatan perjuangan dan ideologi politik, namun matlamatnya adalah sama dan serupa iaitu demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Ini membuktikan bahawa kepelbagaian yang wujud di kalangan kita ini bukanlah penghalang untuk kita menyatukan perjuangan dan mengukuhkan perpaduan, saling bekerjasama dan bermuafakat ke arah kemajuan dan pembangunan negeri Sabah yang tercinta,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan perhimpunan Mesyuarat Agung Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) di sini pada Ahad.(17 Nov)

Hadir sama Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, sebagai anggota komponen GRS, parti LDP telah berkembang maju sebagai sebuah parti politik yang progresif dan matang, berupaya menyumbang secara positif dalam usaha kerajaan mencapai kemajuan dan kemakmuran, berpaksikan agenda besar Kerajaan Negeri, iaitu pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Hala Tuju SMJ).

“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Presiden LDP beserta seluruh barisan kepimpinannya.

“Lapan buah parti yang bergabung di dalam GRS, dimana LDP adalah salah satu daripadanya, merupakan gabungan parti-parti politik terbesar di Sabah pada saat ini, sekali gus mencerminkan kesediaan, kesatuan dan solidariti kita orang-orang Sabah, dalam memperjuangkan hak-hak negeri dan hak-hak rakyat yang berbilang kaum, bahasa, budaya dan agama.

“Justeru, melalui gabungan ini sahaja, sudah menunjukkan kesatuan dan kekuatan kita dalam perjuangan. Jika kesatuan ini dapat diperkukuhkan lagi, tiada alasan mengapa kita tidak boleh meraih undi yang majoriti di dalam pilihan raya, atau sekurang-kurangnya menang dengan cukup selesa,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut mengajak rakan-rakan dalam LDP, selaku ahli parti komponen GRS, agar melihat kerangka perjuangan yang lebih besar dalam apa juga gerakan dan tindakan.

“Dalam GRS kita adalah rakan kongsi yang saling memberi dan menerima, saling menasihati dan bekerjasama, dan saling kukuh memperkukuh hubungan baik, demi perpaduan dan kecemerlangan bersama,” ujarnya.

Menurut Hajiji, lebih 4 tahun berlalu, GRS telah melalui pelbagai cabaran dan ujian. Cabaran dalam menstabilkan politik dan cabaran untuk memulihkan semula ekonomi negeri.

“Alhamdulillah, kita telah berjaya mengharungi segala bentuk cabaran yang mendatang, malah berupaya pula memperkasakan gabungan GRS,” katanya.

Namun demikian, Hajiji turut mengingatkan agar memerangi habis-habisan taktik kotor pihak pembangkang yang sering menabur fitnah ingin menjatuhkan kerajaan GRS-PH Plus

“Namun perlu diawasi, bahawa terdapat satu lagi cabaran lain, iaitu cabaran yang benar-benar menguji daya tahan kita.
Cabaran ini wujud seiring dengan kemajuan sains dan teknologi serta ketamadunan umat manusia masa kini.

“Apa yang saya maksudkan ialah taktik kotor pembangkang serta konco-konco mereka yang bersekongkol ingin menjatuhkan Kerajaan GRS-PH Plus; melalui sebaran fitnah, pelbagai tuduhan dan pembohongan terhadap Kerajaan Negeri dan kepimpinan parti.

“Inilah cabaran semasa yang wajib kita perangi habis-habisan, kerana ia boleh meracuni pemikiran rakyat untuk membenci Kerajaan dan kepimpinan parti, lebih lebih lagi dalam era teknologi serba canggih sekarang, dimana media sosial dan teknologi AI telah menguasai kehidupan seharian rakyat.

“Segala pembohongan dan fitnah yang ditabur di luar sana, bukan sahaja perlu disangkal bahkan wajar dipatahkan, agar rakyat tidak terus tertipu atau termakan hasutan, hasil perbuatan mereka-mereka yang ingin menjatuhkan kerajaan secara kotor dan tidak bermoral,” tegasnya.

Hajiji yakin parti LDP sebagai sebuah parti yang mendukung perjuangan GRS mampu membendung segala cabaran yang mendatang.

“LDP sebagai salah sebuah parti yang mendukung perjuangan GRS, dengan pengalaman serta kebijaksanaan yang anda miliki, saya yakin LDP mampu memainkan peranan yang penting dalam membendung dan memerangi segala dakyah dan taktik kotor yang digembar-gemburkan oleh pembangkang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular