HomeUtamaMencipta Masa Depan Gemilang untuk Semua Dalam Belanjawan 2025

Mencipta Masa Depan Gemilang untuk Semua Dalam Belanjawan 2025

Read Time:8 Minute, 48 Second

1.        Menteri Kewangan Sabah telah membentangkan Belanjawan Sabah 2025, dengan tema ‘Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera’. Ini merupakan belanjawan ke-5 yang di bentangkan oleh Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor sejak tahun 2020.

2.        Belanjawan 2025 adalah belanjawan terbesar di dalam sejarah Sabah. Di bawah belanjawan ini, Kerajaan Sabah telah memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM 6.421 billion, dengan anggaran pendapatan sebanyak RM 6.445 billion. Ini akan menghasilkan lebihan belanjawan sebanyak RM 24.08 juta.  

3.        Berbanding dengan Belanjawan 2024, peruntukan perbelanjaan meningkat 13%, dari 5.701 billion (2024) kepada RM 6.421 billion (2025). Manakala, anggaran pendapatan pula meningkat 12%, dari 5.737 billion (2024) kepada RM 6.445 billion (2025).

4.        Malah, dalam tempoh masa 5 tahun (2021 – 2025), belanjawan yang di bentangkan oleh Kerajaan Sabah sediada telah merekodkan trend peningkatan yang ketara:

  • pendapatan: meningkat 44%, dari 4.481 billion (2021) kepada RM 6.445 billion (2025)
  • perbelanjaan: meningkat 49%, dari 4.303 billion (2021) kepada RM 6.421 billion (2025)
PerkaraBelanjawan 2021Belanjawan 2022Belanjawan 2023Belanjawan 2024Belanjawan 2025
Pendapatan (billion)RM 4.481RM 4.707RM 5.268  RM 5.737RM 6.445
Perbelanjaan (billion)RM 4.303RM 4.596RM 5.138  RM 5.701RM 6.421
Lebihan (juta)RM 178.7RM 110.68RM 130.47  RM 35.87RM 24.08

5.        Walaupun lebihan belanjawan telah menurun, ini sebenarnya membuktikan komitmen Kerajaan Sabah untuk menambah-baik kesejahteraan rakyat Sabah menerusi jumlah perbelanjaan yang besar, dengan peningkatan perbelanjaan dari tahun ke tahun.

Tiada gunanya pendapatan meningkat tinggi tetapi tidak di belanjakan dan di simpan sahaja. Lebih berguna jika di belanjakan untuk kesejahteraan rakyat Sabah.

6.        Semalam, Kerajaan Selangor turut membentangkan Belanjawan Selangor 2025, di mana peruntukan perbelanjaan adalah RM 3 billion dan anggaran pendapatan adalah RM 2.35 billion.

Ini menunjukkan walaupun Selangor adalah negeri yang lebih maju dan ‘kaya’ dari Sabah, belanjawan yang di bentangkan adalah jauh lebih kecil serta mencatatkan defisit belanjawan, berbanding belanjawan Sabah.

7.        Di bawah Belanjawan Sabah 2025, dengan anggaran pendapatan sebanyak RM 6.445 billion, dua penyumbang terbesar adalah hasil Cukai Jualan Negeri (CJN) berjumlah RM 2.597 billion: 40%) dan Royalti Petroleum (RM 1.297 billion: 20%).

8.        Cukai Jualan Negeri (CJN) terus kekal sebagai sumber pendapatan penting Kerajaan Sabah, terutamanya dari industri kelapa sawit. Sejak di perkenalkan pada tahun 1999, dalam tempoh masa 23 tahun, Kerajaan Sabah di laporkan telah berjaya mengutip CJN Minyak Sawit Mentah berjumlah RM 19.25 billion.

9.        Hasil CJN Minyak Sawit Mentah yang besar ini adalah selari dengan kedudukan Sabah sebagai pengeluar minyak sawit mentah/ crude palm oil (CPO) terbesar di Malaysia, iaitu hampir 25%.

10.      Sebagai usaha berterusan bagi meningkatkan pendapatan, Kerajaan Sabah telah melebarkan sumber asas pendapatan. Bermula April 2024, Cukai Jualan Negeri (CJN) ke atas Pasir Silika dan Produk Biojisim Kelapa Sawit telah di perkenalkan. Dan dalam masa terdekat, CJN ke atas Emas juga akan di perkenalkan.

Dengan pendapatan yang lebih tinggi, Kerajaan Sabah akan dapat mengandakan agenda pembangunan untuk kesejahteraan rakyat Sabah.         

11.      Di bawah Belanjawan Sabah 2025, tiga sektor ekonomi utama, iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan, menerima peruntukan sebanyak RM 838.42 juta. Ini adalah peningkatan 3% berbanding peruntukan di bawah Belanjawan Sabah 2024 (RM 813.56 juta).

12.      Majoriti peruntukan (RM 610.85 juta: 73%) di sediakan untuk Sektor Pertanian. Ini selaras dengan usaha Kerajaan Sabah untuk memperkukuh keterjaminan makanan serta pencapaian Dasar Pertanian Negeri Sabah Ke-3. Antara lain, peruntukan yang di sediakan adalah:

Jumlah PeruntukanPerkara
RM 26 jutaInsentif Pembajakan Sawah Padi
RM 32.5 jutaLembaga Padi dan Beras Negeri Sabah (LPBN) untuk meningkatkan pengeluaran padi, dengan pembelian jentera dan menaik-taraf sistem pengairan padi
RM 20.42 jutaKorporasi Pembangunan Desa (KPD) bagi meneruskan pelaksanaan pelbagai projek pertanian seperti ayam pedaging, ayam kampung, madu lebah, cendawan segar, buah pomelo, serta merintis penanaman jagung bijian
RM 17.6 juta  Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) untuk pembangunan industri perikanan dan akuakultur
RM 87.79 juta  Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) bagi mengukuhkan agenda keterjaminan makanan berasaskan ternakan
RM 7.49 jutaInstitut Pertanian Sabah dan Pusat Latihan Vokasional Pertanian bagi melahirkan sumber tenaga kerja berkemahiran

13.      Jumlah peruntukan hampir RM 60 juta tersebut untuk industri padi Sabah adalah bertetapan dengan usaha Kerajaan Sabah untuk meningkatkan Kadar Sara Diri/ Self-Sufficient Level (SSL) Beras Sabah yang ketika ini berada pada tahap yang sangat rendah.

14.      Dalam tempoh masa 40 tahun, SSL Beras Sabah telah menurun dengan ketara, dari 51% (1980-an) kepada 41% (2004), dan kini pada tahap 22.6% sahaja. Ini bermakna Sabah terpaksa mengimport 80% beras untuk memenuhi keperluan tempatan. Ini sudah pasti tidak mampan untuk jangka masa panjang.

15.      Sebagai contoh. Data terkini Jabatan Pertanian Sabah menunjukkan, dalam tempoh masa 10 tahun (2011 – 2022), jumlah import beras telah meningkat hampir 20%, dan nilai import beras pula meningkat sekitar 45%.

16.      Peruntukan yang di sediakan akan dapat meningkatkan keupayaan Lembaga Padi dan Beras Negeri Sabah (LPBN) untuk menerajui pembangunan industri padi dan beras di Sabah. Dengan penubuhan semula LPBN baru-baru ini, agenda pembangunan industri padi dan beras Sabah akan dapat di laksanakan secara lebih tersusun dan berkesan.

17.      Seterusnya, Kerajaan Sabah telah memperuntukkan RM 102.87 juta kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah bagi pembangunan Sektor Pelancongan Sabah.

18.      Sektor pelancongan merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi Sabah. Pada tahun 2023, Sabah telah merekodkan jumlah pelancong sekitar 2.3 juta orang, dengan jumlah perbelanjaan pelancongan sebanyak RM 4.6 billion.

Malah, dalam tempoh masa 22 tahun (2000 – 2022), jumlah pelancong di Sabah telah merekodkan trend peningkatan yang ketara, kecuali semasa pandemik Covid-19 yang membataskan kedatangan pelancong.

19.      Pasca pandemik Covid-19, sektor pelancongan Sabah semakin pulih dengan pesat. Oleh yang demikian, sepanjang Tahun Melawat Malaysia 2026, seramai 3.7 juta pelancong di sasarkan tiba di Sabah, dengan anggaran jumlah perbelanjaan pelancongan sebanyak RM 9.1 billion.

20.      Beberapa hari lepas, Menteri Pengangkutan Malaysia mengumumkan bahawa Kerajaan Malaysia telah meluluskan cadangan oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk projek menaik-taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), yang melibatkan kos RM 442.30 juta.

Ketika ini, LTAKK merupakan lapangan terbang ke-2 tersibuk di Malaysia.

21.      Projek ini di jadual siap pada tahun 2027, dan akan menambah kapasiti terminal dari 9 juta kepada 12 juta penumpang setahun. Memandangkan 90% pelancong tiba di Sabah menerusi pengangkutan udara, LTAKK yang lebih besar, moden dan selesa sudah pasti dapat mendokong pertumbuhan sektor pelancongan Sabah.

22.      Di samping itu, Kerajaan Sabah telah memperuntukkan RM 124.70 jutabagi pembangunan Sektor Perindustrian dan Keusahawanan. Dana ini di peruntukkan bagi menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk menarik pelaburan masuk ke Sabah. Antara lain:

Jumlah PeruntukanPerkara
RM 18.07 jutaPembangunan infrastruktur taman-taman perindustrian di KKIP, Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Lahad Datu dan Sabah Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) Sipitang
RM 16.33 jutaPerbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) untuk pembinaan premis perniagaan, termasuk untuk pelaksanaan Projek Pembangunan Ekosistem dan Keupayaan Industri di Sabah yang merangkumi kursus-kursus keusahawanan berfokus kepada kemahiran digital, keusahawanan siswazah dan latihan teknikal
RM 15 jutaProgram Bantuan SME-UP bagi meningkatkan keupayaan pengusaha IKS di Sabah agar lebih kompetitif dan berdaya saing
RM 13.84 jutaProgram promosi pelaburan, pemasaran, penganjuran seminar dan eksport IKS ke luar negeri melalui penyertaan ekspo antarabangsa

23.      Sektor perindustrian di Sabah terus berkembang, dengan pelaburan besar dari Korea Selatan dan China, di mana syarikat SK Nexilis telah melabur RM 4.28 billion dan Kumpulan Kibing melabur RM 2.48 billion.

24.      Malah, pada tahun 2023, sektor pembuatan Sabah telah merekodkan kadar pertumbuhan 4.4%, mengatasi kadar purata pertumbuhan sektor pembuatan nasional (0.8%) dan tertinggi di Malaysia.

25.      Jumlah pelaburan yang besar telah berjaya menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah. Menteri Pembangunan Industri dan Keusahawanan Sabah di laporkan pernah menyatakan bahawa, dalam tempoh masa 10 tahun (2024 – 2035), sekitar 20,000 peluang pekerjaan akan di wujudkan menerusi pelaburan asing dan domestik di Sabah.

26.      Justeru itu, Kerajaan Sabah menghargai kepentingan modal insan yang memiliki pengetahuan dan kemahiran bagi memacu agenda pembangunan Sabah, di dalam sektor ekonomi utama. Maka, Kerajaan Sabah telah memperuntukkan RM 497.54 juta untuk agenda pemerkasaan modal insan.

27.      Antara lain, peruntukan yang di sediakan adalah:

Jumlah PeruntukanPerkara
RM 127 jutaProgram Biasiswa, Dermasiswa dan Bantuan Pelajar Negeri kepada pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara
RM 300 seorangSumbangan kepada mahasiswa IPT Dalam Sabah (SENTOSA) secara one-off
RM 1,500 – 2,000 seorang  Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) secara one-off berjumlah RM2,000 kepada setiap pelajar yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah, manakala RM1,500 kepada pelajar di peringkat diploma dan matrikulasi
RM 600 seorangBantuan Subsidi Tiket Penerbangan atau Graduan Rindu Sabah SUBFLY kepada setiap pelajar IPT Sabah yang belajar di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan WP Labuan
RM 3,000 setiap sekolahSumbangan Kegiatan Sekolah Sabah secara one-off kepada 1,500 buah sekolah di Sabah untuk tujuan membiayai program sekolah

28.      Kerajaan Sabah telah memperuntukkan jumlah perbelanjaan terbesar di dalam sejarah Sabah untuk tahun 2025. Pada masa sama, Sabah bakal menerima dana yang besar dari Kerajaan Malaysia pada tahun 2025, sebagaimana yang di umumkan di bawah Belanjawan Malaysia 2025 baru-baru ini.

29.      Sabah bakal menerima peruntukan sebanyak RM 6.7 billion, iaitu yang tertinggi di antara negeri dan wilayah di Malaysia. Di samping itu, Sabah juga akan menerima Geran Khas Tahunan sebanyak RM 600 juta.

30.      Ini bermakna, pada tahun 2025, secara keseluruhan dari Belanjawan Sabah dan Belanjawan Malaysia, Sabah bakal memiliki dana melebihi RM 13 billion. Jumlah dana yang besar ini sudah pasti akan dapat merancakkan agenda pembangunan Sabah, dan menambah-baik kesejahteraan hidup rakyat Sabah.

31.      Sabah Makmur, Rakyat Sejahtera.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular