HomeUtama11 rumah musnah di Membakut dibina semula dibawah inisiatif RIM

11 rumah musnah di Membakut dibina semula dibawah inisiatif RIM

Read Time:1 Minute, 24 Second

Membakut : Sebanyak 11 buah rumah yang musnah dalam kebakaran dibeberapa buah kampung di daerah ini akan dibina baru dibawah inisiatif Rumah Ihsan Membakut (RIM) awal tahun depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd berkata, antara kampung terlibat termasuklah di Kampung Jambatan Baru; Kampung Binsuluk; Kampung Madang dan Kampung Baitam.

“Saya telah menziarahi tiga buah rumah yang musnah di Kampung Jambatan Baru, Membakut yang melibatkan 12 Ketua Isi Rumah (KIR) dan setakat ini pada awal tahun di Membakut ada lebih kurang 10 buah rumah yang terlibat dengan kebakaran ini. 

“Di sini (Kampung Jambatan Baru) kemudian di Binsuluk, di Kampung Madang dan ada lika di Kampung Baitam. InsyaAllah pada awal tahun kita akan merancang dan akan membantu mereka ini. 

“Misalnya pada hari ini kita ada tiga buah rumah dan ini kita akan bantu membina baru melalui program yang di bawah DUN, iaitu inisiatif RIM, inisiatif  ini adalah program di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kita akan bantu untuk membina rumah bagi mereka ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi mangsa kebakaran dan menyerahkan sumbangan di Kampung Jambatan Baru di sini semalam.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, mangsa terlibat juga akan dimasukkan dalam senarai penerima rumah mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) sekiranya layak.

“Jadi kepada mangsa kebakaran yang terlibat, jangan khuatir yang sebelum ini pun kita akan pastikan mereka mendapat rumah sekurang-kurangnya Rumah Wawasan atau rumah SMJ. Saya akan senaraikan termasuk yang belum kita buat di Kampung Madang dan di Kampung Baitam.

“Bagi yang sudah membuat rumah, kita akan tambah keperluan mereka untuk menyempurnakan rumah berkenaan. Peruntukan di bawah Kerajaan Negeri, di bawah DUN,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular