HomeIsu tempatan30 kakitangan, pelajar UMS bakal tawan puncak Gunung Kinabalu

30 kakitangan, pelajar UMS bakal tawan puncak Gunung Kinabalu

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Seramai 30 peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menawan puncak Gunung Kinabalu sempena ulang tahun UMS ke-30.

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Mohd Raffie Janau berkata, misi berkenaan akan diketuai oleh Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Md Mansor.

“Pada 22 November ini, seramai 30 anggota terdiri daripada pelajar termasuk pelajar kurang upaya dan pelajar antarabangsa, ahli sukan, kakitangan serta pihak pengurusan tertinggi UMS akan memulakan misi mendaki Gunung Kinabalu.

“Selain itu, rombongan juga akan membawa bersama inovasi pelajar iaitu robot daripada Kelab Robot UMS ke puncak nanti.  Jadi, kita doakan semoga program ini akan terlaksana dan semua 30 orang pendaki ini akan sampai ke puncak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas kunjungan hormat kepada Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor di sini, semalam. 

Dalam pada itu, Raffie berkata, UMS akan bekerjasama dengan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Sabah dalam sambutan Tamu Gadang yang akan berlangsung pada 6 hingga 11 Disember depan. 

“Majlis Tamu Gadang tahun ini kita akan buat istimewa sikit dan beberapa aktiviti kita adakan antaranya ada aktiviti daripada pelajar, kolej kediaman dan juga fakulti serta beberapa artis jemputan yang akan bersama-sama kita pada masa tersebut.   

“Seperti tahun sebelumnya, UMS akan bekerjasama dengan JAPEN Sabah dalam aspek teknikal dan hiburan artis-artis Pentarama,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular