HomeUtamaIbu maut, anak parah dirempuh keretapi semasa lintas landasan

Ibu maut, anak parah dirempuh keretapi semasa lintas landasan

Read Time:57 Second

PUTATAN: Seorang ibu maut manakala anak lelakinya berusia 11 tahun cedera parah selepas dirempuh keretapi semasa sedang melintas landasan keretapi di hadapan Kampung Petagas dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba Putatan, Noorsherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 1.58 petang tadi ( 19 Nov).

Menurutnya, setibanya sepasukan bomba dari Balai Bomba Putatan ke lokasi kejadian mendapati satu kemalangan keretapi melibatkan dua orang mangsa iaitu seorang wanita dewasa berumur 41 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun telah dirempuh ketika sedang melintas di landasan kereta api yang sedang menuju ke Kota Kinabalu dari daerah Beaufort.

“Dilaporkan, wanita yang juga ibu kepada mangsa kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anaknya mengalami cedera parah putus kaki, cedera tangan dan kepala.

” Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 dengan menggunakan Ambulans untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsherriyana berkata, pasukan bomba melakukan pembersihan di lokasi kejadian dan membantu mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 2.47 petang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular