HomeUtamaLaksana pelbagai usaha tingkat modal insan, Hajiji wajar digelar Bapa Pembangunan Modal...

Laksana pelbagai usaha tingkat modal insan, Hajiji wajar digelar Bapa Pembangunan Modal Insan – Haliza

Read Time:3 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Kejayaan Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dilihat memfokuskan kepada usaha meningkat pembangunan modal insan, belia dan komuniti khasnya dalam aspek pendidikan dan kebajikan, sekaligus membuktikan persona Hajiji sebagai seorang pemimpin berkarisma yang boleh dicontohi banyak pihak.

Exco Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah, Halizah Din berkata, pencapaian Kerajaan Negeri yang dibawakan oleh barisan kepimpinan masa kini adalah satu hal yang mesti dibanggakan dan dicontohi serta dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa.

“Tidak salah jika beliau (Hajiji) digelar Bapa Pembangunan Modal Insan, kerana beliau melaksanakan apa yang beliau janjikan, perlahan-lahan, satu per satu dengan teratur dan saya yakin, insyaAllah, selepas pengumuman Belanjawan Negeri Sabah 2025 baru-baru ini, beliau semakin bekerja keras untuk menyampaikan semua yang sewajarnya diterima oleh rakyat kita, tanpa mengira batasan usia, kaum, bangsa, agama dan budaya.

“Kita sedar dan tahu, sememangnya masih banyak hal yang perlu diperbaiki dan difokuskan untuk menjadikan Sabah seiring setanding duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan negeri lain, tetapi apa yang perlu kita puji adalah usaha berterusan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan Kerajaan Negeri, ini yang wajar kita pegang dan contohi, semangat dan kegigihan beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini pada Selasa.

Menurut Halizah yang juga merupakan Ketua Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Likas itu juga, banyak manfaat yang sudah dinikmati dan bakal diterima oleh anak-anak tempatan Sabah melalui Belanjawanan 2025 misalnya program biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajar negeri dengan bilai RM127 juta.

Katanya, Sumbangan Mahasiswa Pendidikan Tinggi dalam Sabah (SENTOSA) dengan nilai RM300 seorang, Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) bagi Ijazah sebanyak RM2,000 dan Diploma/Matrikulasi RM1,500 secara one-off adalah bukti bahawa kepimpinan Hajiji amat mementingkan anak muda yang menjadi modal insan bakal peneraju kejayaan Sabah kelak.

“Bukan itu sahaja, ada juga subsidi tiket penerbangan atau Graduan Rindu Sabah (SUBFLY) dengan nilai RM600 seorang kepada setiap pelajar institusi pengajian tinggi Sabah yang belajar di Semenanjung, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Selain itu, Sumbangan kegiatan Sekolah (SUKSES) secara one-off bernilai RM3,000 kepada 1,500 buah sekolah dan program pemberian bantuan persekolah dengan nilai RM26.06 juta turut memberi manfaat kepada 291,275 orang anak murid kita.

“Banyak lagi bantaun yang diwujudkan antaranya Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Bantuan Khas Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI), Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA), Bantuan Aktiviti PIBG (BAGUS), Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH) dan Bantuan Khas Program Pendidikan (BANTU),” katanya.

Tambah Halizah lagi, usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui pucuk pimpinan Hajiji amat mementingkan aspek pendidikan sebagai hala tuju untuk melahirkan generasi yang kompeten dan membantu usaha memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan Sabah.

“Kerajaan Negeri Sabah telah meletakkan pendidikan dan pembangunan modal insan sebagai salah satu, daripada elemen utama di dalam Halatuju Sabah Maju Jaya yang inginkan kualiti terbaik bagi pendidikan.

“Hal ini sekaligus selari dengan usaha untuk memberi masa depan yang lebih cerah kepada pelajar, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta mampu membawa keluar keluarga mereka daripada kepompong kemiskinan hidup,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Halizah turut memberitahu bahawa Kerajaan Negeri juga peka dan prihatin kepada usaha membangun dan memperkasa kaum wanita di seluruh negeri Sabah.

“Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) menerima RM9.73juta bagi usaha untuk program program kesedaran menangani isu perkahwinan awal kanak kanak, program flagship santuni wanita, program pembangunan keusahawan wanita, program kepekaan gender di luar bandar, jelajah klinik guaman dan kaunseling JHEWA dan geran untuk 186 NGO dibawah JHEWA.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sejumlah RM11.6juta bagi Yayasan Usaha Maju (YUM) untuk Program Kredit Mikro dan peniaga industri kecil sederhana (IKS) wanita.

“Pastinya untuk golongan wanita muda, Kerajaan Negeri juga tidak mengenepikan dan melupakan mereka kerana sumbangan serta pencapaian usahawan wanita muda negeri kita juga mampu untuk dibanggakan dan untuk tujuan ini, Projek Keusahawanan Wanita Muda turut diwujudkan dengan tujuan untuk memberi pinjaman mikro dengan kadar faedah rendah, kepada usahawan wanita muda yang berkelayakan,” ujar beliau lagi.

RELATED ARTICLES
Utama

Timor Leste hasrat  erat hubungan perdagangan dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular