HomeUtamaDUN Sabah : 300 Starlink dilokasi yang masalah ketersambungan internet

DUN Sabah : 300 Starlink dilokasi yang masalah ketersambungan internet

Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu: Sebanyak 300 buah peranti Starlink telah dipasang di lokasi yang dikenal pasti di seluruh Sabah yang mempunyai masalah ketersambungan internet.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pemasangan Starlink itu merupakan penyelesaian interim kepada Pelan Jalinan Digital Nasional (JENDELA) yang dijangka siap pada akhir tahun 2025.

“Kawasan pemasangan merangkumi daerah seperti Tuaran, Tambunan, Ranau, Keningau, Kota Belud, Kota Marudu, Kuala Penyu, Tenom, Tawau, Kalabaka, Sandakan, Tongod, Pitas, Kunak, Kudat, Beluran, Telupid, Sipitang, Beaufort, Lahad Datu, Semporna, Nabawan, Sook, Papar dan Penampang.

“Sebagai penyelesaian interim, Kementerian sedang melakukan pemantauan ke atas penggunaan Starlink yang telah dipasang.

“Sekiranya capaian internet tersebut telah diperbaiki dengan siapnya JENDELA, Kementerian akan memindahkan peranti Starlink tersebut ke kawasan yang masih mempunyai masalah capaian internet,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat pengulungan Kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini semalam.

Arifin berkata, Kerajaan Negeri juga akan terus memantapkan penyampaian perkhidmatan melalui ICT agar lebih produktif dan mesra rakyat.

Katanya, Kerajaan akan memanfaatkan teknologi IR4.0 dalam operasi pentadbiran Kerajaan Negeri seperti penggunaan Artificial Intelligence (AI) untuk kerja-kerja berulang dan urusan pentadbiran harian agar kakitangan perkhidmatan awam lebih produktif dan mampu melaksanakan tugasan yang lebih sukar dan berimpak tinggi.

“Penggunaan AI ini akan digunakan dalam teknologi rangkaian komputer, keselamatan siber, sistem-sistem aplikasi dan beberapa lagi bidang lain. Penggunaan maklumat biometrik dan tandatangan digital juga akan manfaatkan dalam urusan Kerajaan.

“Pada tahun depan, Sabah NET akan menganjurkan pertandingan Drone MultiGP Sabah Chapter 2025 edisi Kedua, Sabah Net Cyberchallenge 2025 dan Sabah Net Youth eSport 2025@Keningau yang Pertama, selaras dengan pembangunan Bakat dan Ekosistem Industri Kreatif,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular