HomeUtamaDUN Sabah : Program 'Homeward' diteruskan tahun depan

DUN Sabah : Program ‘Homeward’ diteruskan tahun depan

Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) akan meneruskan pelaksanaan program ‘Homeward’ pada tahun depan bagi menyantuni pesakit yang sakit terlantar, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menterinya Datuk James Ratib berkata, program itu telah membantu seramai 5,689 pesakit di seluruh Sabah sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2021 sehingga kini.

“Pada tahun depan juga, Program Kecemerlangan Pendidikan Pelajar (Pro-KePP) iaitu satu program baharu akan diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) untuk membantu anak-anak penerima bantuan yang cemerlang dalam pendidikan.

“Program ini akan dilancarkan pada penghujung tahun depan melibatkan seramai 104 orang anak-anak penerima bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat penggulungan Kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini semalam.

James berkata, pihaknya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Kewangan di atas kelulusan peruntukan bagi Program Intervensi Kanak-Kanak Autisme.

Katanya, program itu yang akan dilaksanakan di Taman Didikan Kanak-Kanak di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Kudat dan Beaufort dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta pada tahun hadapan.

Dalam pada itu, James berkata, Kementeriannya melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita(JHEWA) juga akan meneruskan program-program memperkasakan peranan dan penglibatan wanita dalam arus pembangunan.

Pada tahun depan katanya, dua program baharu berimpak tinggi akan dilaksanakan iaitu Persidangan Wanita Sejahtera Sabah (PWS) dan juga Karnival Kesejahteraan WANITA BESTARI (WA-BEST).

”JHEWA juga telah menerima tambahan peruntukan RM1.5 juta bagi meneruskan dan memperkasakan lagi program kolaborasi dan pembangunan NGO Wanita mulai tahun 2025,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan hari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular