Read Time:20 Second
Kota Kinabalu : Sabah Softwoods Berhad hari ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM500,000 kepada Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).
Penyerahan sumbangan itu disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di pejabat Ketua Menteri, Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Replika cek sumbangan itu diserahkan Pengerusi Sabah Softwoods Berhad, Datuk Arsad Bistari kepada Pengarah YKS Rugayah Ag Besar.
Hadir sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Diyanah Abdullah. – SABAH MEDIA