HomeUtamaIKMa komited bimbing koperasi dalam penggunaan teknologi AI

IKMa komited bimbing koperasi dalam penggunaan teknologi AI

Read Time:1 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Institut Koperasi Malaysia (IKMa) terus komited dalam menyokong kepada pembangunan koperasi-koperasi di negara ini khususnya dari segi aspek penggunaan teknologi Adaptasi Kecerdasan Buatan (AI).

Ahli Lembaga Pengarah IKMa Datuk Basari Sarkun berkata, IKMa berperanan sebagai fasilitator dalam membimbing koperasi ke arah penggunaan teknologi yang relevan dan berdaya saing.

Katanya, IKMa menawarkan modul-modul yang dirancang khas bagi memberi kefahaman mendalam tentang aplikasi AI dalam operasi perniagaan koperasi.

“Di samping itu, kita juga menyediakan panduan dan platform untuk koperasi berkolaborasi dan berkongsi pengalaman dalam perjalanan transformasi digital ini.

“Dengan adanya sokongan ini, kita berharap agar lebih banyak koperasi berani meneroka dan memanfaatkan potensi teknologi AI dalam aktiviti perniagaan masing-masing. Ini penting untuk mempertingkat daya saing koperasi di persada domestik dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Trasmformasi Perniagaan Koperasi Melalui Adaptasi AI di sini semalam.

Basari berkata, tahun ini menjadi tahun yang signifikan bagi IKMa iaitu dengan pelaksanaan pelbagai program yang menyentuh aspek kesedaran, pendidikan, dan aplikasi AI.

“Antara inisiatif utama yang telah dilaksanakan oleh IKMa termasuk seminar kesedaran dan potensi AI dalam koperasi; bengkel aplikasi AI untuk peningkatan produktiviti koperasi; latihan   pembangunan   keupayaan   dalam   AI dan Cooperative Digital            Empowerment (CODE).

“Langkah-langkah ini adalah bukti komitmen IKMa untuk memastikan koperasi di Malaysia bukan sahaja kekal relevan, tetapi juga menjadi peneraju dalam ekosistem ekonomi yang semakin didorong oleh teknologi.

“Pada masa hadapan, IKMa bercadang untuk memperluaskan lagi program-program ini dengan memperkenalkan modul baharu, meningkatkan jaringan kolaborasi dengan pemain teknologi, dan melibatkan lebih banyak koperasi di seluruh negara,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah tuan rumah ATE 2025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular