HomeUtamaInisiatif bantuan baharu bukti Kerajaan Sabah perkasa bidang pendidikan

Inisiatif bantuan baharu bukti Kerajaan Sabah perkasa bidang pendidikan

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Dua program bantuan baharu kepada institusi pendidikan dan para pelajar di negeri ini yang diperkenalkan menerusi Belanjawan Sabah 2025 baru-baru ini menunjukkan komitmen Kerajaan negeri dalam memperkasa bidang pendidikan.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Mohd Arif Tun Sakaran berkata, selain bantuan baharu, Kerajaan dilihat turut mengekalkan bantuan sedia ada kepada anak-anak di negeri ini.

“Jika dilihat melalui Belanjawan Sabah 2025 yang dibentang baru-baru ini, ini jelas membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasa bidang pendidikan melalui pelbagai inisiatif yang menyeluruh.

“Inisiatif itu termasuk dua bantuan baharu yang diperkenalkan dan bantuan sedia ada diteruskan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Arif berkata, bantuan yang disalurkan itu juga adalah bagi memastikan para pelajar terus mendapat manfaat.

Katanya, selain itu juga, ianya adalah langkah terbaik kerana kerajaan memberikan keutamaan untuk pendidikan di negeri Sabah.

“Kita amat memahami dan mengetahui bahawa negeri Sabah antara yang memerlukan banyak peruntukan khususnya dalam bidang pendidikan,”katanya

Dalam pembentangan Belanjawan Sabah 2025 Jumaat lalu, sebanyak RM127 juta diperuntukkan untuk program biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajar melibatkan 7,130 pelajar aktif yang sedang menerima manfaat.

Bantuan baharu itu termasuklah Sumbangan kepada Mahasiswa IPT Dalam Sabah (SENTOSA) dan Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES).

Sumbangan SENTOSA secara sekali bayar dibayar sebanyak RM300 seorang dan bantuan itu adalah yang pertama kali diperkenalkan pada tahun hadapan selain sumbangan SUKSES secara sekali bayar sebanyak RM3,000 kepada 1,500 buah sekolah di Sabah untuk tujuan membiayai program sekolah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular