HomeUtamaPembangunan belia, sukan di Sabah terus diberi perhatian

Pembangunan belia, sukan di Sabah terus diberi perhatian

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah terus memberi tumpuan berterusan kepada pembangunan belia dan sukan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia penting bagi mengekalkan momentum kecemerlangan prestasi atlet negeri ini hingga ke peringkat antarabangsa.

“Oleh itu, sebanyak RM101.49 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah untuk tujuan mengurus dan melaksanakan pelbagai program pembangunan belia termasuk sukan di Sabah pada tahun depan.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM27.21 juta diperuntukkan untuk pembangunan dan kemajuan sukan di negeri ini, pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Kejohanan Tinju Kebangsaan 2024 di Dewan Maksak di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan.

Hajiji berkata, semua usaha itu adalah bagi memastikan program-program pembangunan sukan prestasi tinggi dan paralimpik terus maju.

Katanya, ia adalah bagi merealisasikan Sabah menjadi ‘powerhouse’ dalam beberapa acara sukan seperti Sepak Takraw Wanita, Wushu, Silat, Muay Thai, Karate, Boling Padang, Petanque dan sebagainya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha Persatuan Tinju Negeri Sabah untuk membangunkan sukan tinju hingga ke peringkat antarabangsa.

“Saya dimaklumkan, negara kita hari ini amat memerlukan atlet tinju yang mampu membawa nama negara ke peringkat lebih tinggi.

“Oleh itu, saya berharap persatuan tinju negeri ini akan terus mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan tinju dari negeri ini, untuk diketengahkan hingga ke peringkat antarabangsa.

“Saya juga berharap sukan tinju akan menjadi salah satu sukan yang popular di negara ini, khususnya di Sabah. Ini tidak mustahil sekiranya persatuan-persatuan tinju negeri serta kelab-kelab dengan kerjasama Persekutuan Tinju Malaysia (PTM) dapat menganjurkan lebih banyak lagi kejohanan di peringkat negeri ataupun di peringkat kebangsaan,” katanya.

Beliau berharap penganjuran kejohanan tinju itu akan berterusan termasuk di peringkat negeri sekali gus memberikan impak yang menyeluruh kepada perkembangan sukan itu di negeri ini.

“Saya percaya melalui kejohanan ini kita dapat melahirkan ramai atlet- atlet tinju dari negeri ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

PM Anwar Mahu Lebih Banyak Produk Pelancongan Papar Kisah Legenda, Sejarah...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular