HomeUtamaKEADILAN Sabah buat laporan polis sebar fitnah terhadap PM

KEADILAN Sabah buat laporan polis sebar fitnah terhadap PM

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah akan membuat laporan polis berhubung fitnah yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba melindungi dan menutup laporan rasuah terhadap beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Pusat merangkap Ketua Penerangan KEADILAN Sabah Razeef Rakimin pada sidang media di sini, pada Ahad.

Beliau berkata, kenyataan palsu ini dibuat beberapa laman Tiktok dan Facebook yang telah dikenalpasti.

“Dalam kenyataan palsu ini pemfitnah turut menyatakan Perdana Menteri melindungi beberapa ADUN yang dikaitkan dengan rasuah dan salahguna kuasa kerana ingin berunding dan meminta kerusi ADUN lebih banyak untuk ditandingi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” katanya.

Menurut Razeef, kenyataan itu jelas fitnah dan berniat jahat terhadap Perdana Menteri yang dikenali sebagai penentang rasuah dan salahguna kuasa.

“Kita juga maklum ada pihak mendesak Perdana Menteri untuk menekan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menahan dan menyiasat individu terbabit.

“Sebagai makluman bukan sahaja menghalang siasatan, sebenarnya menggunakan kuasa Perdana Menteri menekan SPRM melakukan siasatan terhadap individu tertentu adalah campurtangan dan merupakan penyalahgunaan kuasa seorang Perdana Menteri.

“Oleh itu lebih baik kita beri ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dengan bebas tanpa campurtangan dan memastikan tatakelola pihak dalam agensi tidak diganggu gugat.

“Kita yakin Perdana Menteri tidak akan campur tangan dalam siasatan ini dan berikan ruang kepada SPRM untuk bergerak bebas menjalankan siasatan,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPLB Sabah diminta kemaskan pentadbiran Pejabat Daerah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular