HomeUtamaRM3.37 juta peruntukkan rancakkan industri kopi pedalaman Sabah

RM3.37 juta peruntukkan rancakkan industri kopi pedalaman Sabah

Read Time:1 Minute, 59 Second

Nabawan :  Pengusaha kopi di pedalaman Sabah memainkan peranan yang aktif dalam merancakkan industri kopi di negeri ini dan juga Malaysia.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,  Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, Projek Pembangunan Industri Kopi dengan peruntukan sebanyak RM4.5 juta serta sasaran keluasan 300 hektar turut diteruskan menerusi pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 dan ke-12.

Katanya, berdasarkan data perangkaan  Jabatan Pertanian Sabah (JPS) setakat 2022, pengeluaran kopi masih rendah dengan tahap kecukupan hanya 35 Paratus.

Menurutnya, data itu berdasarkan keluasan bertanam iaitu 1,434.2 hektar, luas berhasil 936.1 hektar dan pengeluaran 936.1 tan.  

“Bagi pengeluaran kopi di daerah Nabawan dan Sook, keluasan bertanam setakat ini adalah 341.6 hektar dengan pengeluaran sebanyak 248 tan setahun mewakili 26.5 peratus pengeluaran kopi negeri Sabah.

“Ini secara tidak langsung mencerminkan industri kopi mempunyai potensi yang masih luas dan terbuka untuk diterokai. Peningkatan pengeluaran kopi perlulah disokong dengan aktiviti pemprosesan hiliran. 

“Produk hiliran berasaskan Kopi akan dapat menambah nilai hasil Kopi untuk pasaran tempatan dan juga eksport seterusnya meningkatkan pendapatan pengusaha kopi.  

“Oleh yang demikian, bagi membantu pengusaha kopi khususnya di Nabawan dan Sook, pihak kementerian telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM3.37 juta merangkumi RM2.24 juta untuk pembinaan Coffee House dan Café Coffeelive di Stesen Pertanian Sepulut dan RM1.13 juta bagi menaik taraf pusat pengumpulan hasil kopi di Daerah Nabawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Coffee House dan Cafe Coffeelive di daerah Nabawan di sini hari ini.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, projek yang dibawa melalui Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan bagi Mengoptimumkan Penggunaan Tanah dengan kerjasama kerajaan negeri merupakan inisiatif quick-win KPKM dan dijangka akan dapat disiapkan menjelang Februari 2025.

Beliau menyeru agar para pengusaha tanaman kopi di daerah Nabawan dan Sook menggunakan kemudahan ini sepenuhnya nanti dan tidak lagi perlu pergi jauh ke Tenom. 

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan agar aspek pengurusan dan pengendalian Coffee House dan Café Coffeelive perlu dilaksanakan dengan teratur dan memberi penekanan dari segi kebersihan dan amalan mesra alam.

Beliau percaya projek ini akan memberi impak dalam membantu pengusaha tanaman kopi meningkatkan  pendapatan untuk memperbaiki taraf sosio ekonomi, memberi peluang pekerjaan terutamanya kepada belia dan menghasilkan produk hiliran kopi yang berkualiti dan selamat di makan, memenuhi standard pensijilan yang ditetapkan untuk pasaran dalam dan luar negeri. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Patuh dan percaya kepada Agong, tindakan Fahmi boleh timbulkan keadaan tidak...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular