HomeUtamaTPNS luluskan peruntukan RM8.5 juta bantu pelajar Sabah

TPNS luluskan peruntukan RM8.5 juta bantu pelajar Sabah

Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) telah meluluskan peruntukan lebih RM8.5 juta sejak dilancarkan tahun lalu bagi membantu pelajar memerlukan khususnya bagi tujuan membayar yuran pengajian di Universiti Awam dan Swasta.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah pelajar yang menuntut didalam dan luar negeri.

Katanya, sehingga kini bantuan TPNS itu juga telah memberi manfaat lebih 8,000 pelajar di negeri ini.

“Hari ini kita telah bermesyuarat dan meluluskan peruntukkan kepada lebih kurang 300 pelajar yang menerima bantuan dimana lebih kurang RM1.2 juta kita luluskan pada hari ini.

“Ertinya daripada tahun lalu sampai tahun ini lebih 8,000 pelajar sudah mendapat manfaat daripada TPNS dan lebih RM8.5 juta sudah diluluskan bagi membantu anak-anak kita.

“Kebanyakannya yuran pelajaran mereka. Kemudian mana-mana yang ekasih, kita akan berikan mereka yuran untuk satu semester dan kita tambah RM2,000 untuk sara hidup mereka. Ini keputusan kita tadi. Mudah-mudahan ada manfaatnya untuk semua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat TPNS kali kelapan di pejabatnya di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Yayasan Sabah, Dato’ Sri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar.

Dalam pada itu, Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, pada tahun ini Kerajaan Sabah memperkenalkan dua lagi inisiatif bantuan pendidikan untuk pelajar dan sekolah di negeri ini.

Katanya, bantuan baharu itu adalah Sumbangan kepada Mahasiswa IPT Dalam Sabah (SENTOSA) dan Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES).

“Tahun ini Ketua Menteri meluluskan dua inisiatif, kita sudah ada lebih kurang 12 inisiatif.  Bagi SUKSES ianya adalah bantuan RM3,000 untuk sekolah menengah, sekolah kebangsaan dan sebagainya, ini kita berikan diseluruh Sabah.

“Kemudian satu lagi SENTOSA, sumbangan ini adalah tambang mahasiswa dalam Sabah berjumlah RM300,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kehadiran Fahmi Reza di Kota Kinabalu: Provokasi atau Kebebasan Bersuara, soal...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular