HomeSukanTeruskan kecemerlangan, ulangi kejayaan - Ellron

Teruskan kecemerlangan, ulangi kejayaan – Ellron

Read Time:1 Minute, 55 Second

Putatan : Kontinjen Sabah yang bakal beraksi pada temasa BIMP-EAGA Friendship Games edisi Ke-11 yang berlangsung di Bandaraya Puerto Princesa, Palawan, Filipina bermula 1 Disember depan diharap dapat meneruskan kecemerlangan dan mengulangi kejayaan sebagaimana yang dicapai di Brunei sebelum ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, Sabah sebelum ini berada pada kedudukan teratas carta pungutan pingat keseluruhan dengan membawa pulang 23 pingat emas, 17 pingat perak dan 15 pingat gangsa.

“Namun demikian, Kementerian ini lebih memberikan fokus ke atas pendedahan atlet-atlet kita di peringkat antarabangsa sepertimana yang disarankan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semasa lawatan rasmi ke Kementerian Belia dan Sukan Sabah pada 19 September lalu.

“Beliau mahukan Kementerian ini terus menghantar atlet-atlet Sabah mendapatkan pendedahan dan pengalaman di luar negara berbanding menunggu peluang yang ditawarkan dari Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Sabah kepada Kontinjen Negeri Sabah yang menyertai BIMP-EAGA Friendship Games Ke-11, 2024 di sini semalam.

Ellron berkata, para atlet perlu lebih proaktif jika mahu lebih maju dan tidak sekadar berusaha merebut peluang mewakili negara untuk mendapatkan pendedahan antarabangsa.

“Jika kita tidak rebut peluang maka selamanya kita akan terus berada pada tahap kemampuan yang kita ada ketika ini, kerana peluang yang ada tidak banyak, sedangkan atlet-atlet di luar sana telah berada jauh meninggalkan kita dari segi pencapaian mereka untuk menjadi seorang atlet

bertaraf dunia kerana mendapat pendedahan dan pegalaman yang lebih banyak.

“Kerajaan Negeri dan seluruh masyarakat Negeri Sabah amat mengharapkan agar para atlet dapat berjuang dengan penuh komitmen dan disiplin yang tinggi dalam temasya sukan dwi tahunan ini.

“Jangan sesekali mensia-siakan perbelanjaan wang kerajaan yang juga wang rakyat dengan mewakili negeri tetapi sekadar tumpang `makan angin’,” katanya.

Dalam pada itu, Ellron berkata, mewakili Sabah merupakan satu tanggungjawab dan kepercayaan besar rakyat. 

Oleh itu katanya, berjuang lah sehabis baik dengan memerah segala kekuatan kudrat demi membawa pulang sebutir pingat yang pastinya akan menjadi kebanggaan diri, keluarga, negeri dan negara. –

Kali terakhir Sabah menyertai temasya itu bagi edisi Ke-10 ialah pada Disember 2018, di mana negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah dengan disertai oleh 10 kontinjen.

Ketika itu, Sabah berada pada kedudukan teratas carta pungutan pingat keseluruhan dengan membawa pulang 23 pingat emas, 17 pingat perak dan 15 pingat gangsa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala Malaysia : Sabah FC ke suku akhir, agregat besar tewaskan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular