HomeUtamaIsteri TYT luang masa lawat Muhd Fahim Asraf

Isteri TYT luang masa lawat Muhd Fahim Asraf

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Isteri Yang di-Pertua Negeri Toh Puan Norlidah RM Jasni meluangkan masa melawat pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Petagas, Muhd Fahim Asraf Jasri,11, yang terlibat dengan insiden kemalangan keretapi baru-baru ini.

Toh Puan Norlidah tiba di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) kira-kira jam 3 petang Khamis lalu itu turut disambut Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS), Dr. Marcus Netto serta warga hospital terbabit.

Dalam lawatan itu, Toh Puan Norlidah diberikan taklimat berhubung rawatan serta perkembangan kesihatan Muhd Fahim Asraf oleh Pegawai Perubatan, Dr. Chay Guo Qin selama 40 minit.

Selain menghulurkan sumbangan wang tunai, Toh Puan Norlidah turut memberikan kata-kata semangat kepada Fahim serta bapanya, Jasri Asit, 51, dari Kampung Muhibbah Petagas agar terus tabah menghadapi dugaan hidup.

Dalam pada itu, Jasri turut menzahirkan syukur serta berterima kasih atas keprihatinan Toh Puan Norlidah yang menyantuni anaknya di hospital terbabit.

“Ucapan terima kasih kerana sudi melawat kami d hospital, memberi semangat kepada anak saya, semoga Toh Puan dipanjangkan umur sihat selalu,” katanya.

Dalam insiden kira-kira jam 1.30 petang pada 19 November lalu, isteri Jasri, Allahyarham Lena Gabin, 41, meninggal dunia ditempat kejadian manakala Fahmi pula putus kaki kanan selain cedera di beberapa anggota badan akibat digilis keretapi.

Sementara itu, bagi orang ramai yang ingin menyumbangkan sumbangan boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun RHB Bank 11010300062784 (Jasri Asid).

RELATED ARTICLES
Utama

Gesaan Ketua Pemuda Umno Sabah Tidak berasas, tiada keperluan Ketua Menteri...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular