HomeUtama"Saya mengalu-alukan sebarang siasatan ke atas dakwaan ini" - Masidi

“Saya mengalu-alukan sebarang siasatan ke atas dakwaan ini” – Masidi

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mengalu-alukan sebarang siasatan daripada pihak berkuasa ke atas dakwaan terima sumbangan dana RM300,000 yang tular di salah sebuah portal hari ini.

Menerusi kenyataannya pada hari ini, beliau menegaskan tidak mengingati perbualan yang didakwa berlaku dan hanya mengingati bahawa beliau menolak tawaran sumbangan kepada parti kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Masidi juga menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam sebarang siasatan berkaitan dakwaan tersebut.

“Saya merujuk kepada video ‘whistleblower’ yang mengaitkan saya yang telah disiarkan oleh Malaysiakini.

“Sekadar untuk makluman, saya tidak pernah ingat perbualan tersebut kerana rakaman perbualan tersebut telah disunting.

“Yang saya ingat beliau menawarkan untuk menyumbang kepada parti dan saya telah menjawab bahawa tidak ada keperluan untuk berbuat demikian .

“Saya tidak tahu menahu mengenai wangsebanyak 300 ribu ringgit yang kononnya diserahkan melalui pegawaikhas saya.

“Saya mengalu-alukan sebarang siasatan keatas dakwaan ini oleh pihak yang berwajib dan akan memberi kerjasama sepenuhnyakepada pihak agensi penyiasat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Gesaan Ketua Pemuda Umno Sabah Tidak berasas, tiada keperluan Ketua Menteri...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular