HomeUtamaTapak menara tidak sesuai jejas prestasi projek JENDELA

Tapak menara tidak sesuai jejas prestasi projek JENDELA

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Tapak pembinaan menara yang tidak sesuai menjadi antara faktor prestasi pelaksanaan projek Jalinan Digital Negara (JENDELA) di negeri ini kurang memuaskan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, perkara itu merupakan masalah legasi yang berlaku beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sejak saya menggalas tanggungjawab dan memegang amanah menerajui Kementerian Komunikasi, kita telah melihat syarikat terlibat telah berusaha dengan lebih gigih untuk menyiapkan baki (pelaksanaan projek JENDELA).

“Tapi saya dapati bagi negeri Sabah masih banyak yang perlu diusahakan bukan satu syarikat tapi ada beberapa syarikat yang terlibat kedepan untuk jendela Fasa 2 yang melibatkan antara 2,500 ke 3,000 tapak di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis itu dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Fahmi berkata, pihaknya mahu supaya sistem dan proses yang digunakan untuk JENDELA Fasa satu dirombak secara keseluruhan dan tidak lagi bergantung kepada penilaian semata-mata.

“Ia mesti mempunyai elemen pengetahuan tempatan dan juga  dengan  saringan  yang  lebih  tepat  dan lebih jitu mereka yang terlibat tapi gagal kita akan teliti apakah had keterlibatan mereka dalam fasa dua nanti

“Kita jangkakan mungkin dalam 2025 sekiranya MCMC telah meneliti mungkin kita akan umumkan Fasa dua tapi proses pertama ialah merombak keseluruhan sistem yang telah memungkinkan JENDELA fasa satu  sampai ke tahap ini terutama di negeri Sabah,” katanya.

Semalam, Hajiji ketika mengadakan lawatan kerja ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah mahu pemasangan menara telekomunikasi di bawah fasa pertama JENDELA di Sabah dipantau dengan teliti.

Hajiji turut memberi amaran bahawa Kerajaan Negeri tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika tiada peningkatan dalam prestasi projek berkenaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Gesaan Ketua Pemuda Umno Sabah Tidak berasas, tiada keperluan Ketua Menteri...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular