HomeUtamaGraduan berkemahiran menyokong Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya

Graduan berkemahiran menyokong Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya

Read Time:2 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Seramai 277 graduan dari Cyberjaya College Kota Kinabalu berjaya menerima diploma masing-masing dalam pelbagai bidang pada Majlis Konvokesyen Ke-12 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini pada Selasa.

Acara yang penuh bermakna ini menzahirkan komitmen Kolej dalam menyokong Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) melalui pembangunan modal insan, penggalakan pembelajaran sepanjang hayat, serta peningkatan kesejahteraan komuniti.

Majlis konvokesyen ini adalah satu tanda aras dengan pencapaian penting bagi para graduan, yang kejayaan mereka mencerminkan komitmen Kolej dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan berpengetahuan.

Dengan membekalkan pelajar berkemahiran dan berpengetahuan, Cyberjaya College Kota Kinabalu akan terus memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi Sabah secara keseluruhan.

Profesor Dr. David Whitford, Naib Canselor University of Cyberjaya, Profesor Dr. David Whitford menyeru kepada para graduan supaya mempunyai semangat ingin tahu, ketabahan, dan integriti ke mana sahaja mereka pergi.

“Ingatlah, kejayaan bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi perubahan positif yang anda bawa kepada dunia,” katanya semasa berucap pada Majlis Konvokesyen itu.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Cyberjaya College Kota Kinabalu, Dr Awang Faisal Assyiffa Ag. Rahim dalam ucapannya menekankan sumbangan Kolej kepada inisiatif pembangunan negeri.

“Graduan berkemahiran yang dilahirkan oleh Cyberjaya College Kota Kinabalu adalah bukti komitmen kami terhadap pendidikan dan kesejahteraan komuniti. Saya percaya mereka akan terus menyumbang dengan signifikan, terutamanya dalam bidang kesihatan dan bidang berkaitan.

“Hari ini, kami telah menganugerahkan Diploma dalam Farmasi, Fisioterapi, Penjagaan Kesihatan, Psikologi, Pengajian Perniagaan, dan Kejururawatan, yang mencerminkan dedikasi kami dalam memenuhi keperluan Sabah,” katanya.

Anugerah Pengerusi bagi Kelas 2024 telah dianugerahkan kepada Emily Yapp Sian Fui, graduan Diploma Psikologi yang cemerlang dari segi akademik dan kepimpinan.

Diiktiraf atas Pencapaian Akademik Terbaik, Emily juga telah berkhidmat sebagai Presiden Junior Psychologist Club, Naib Presiden Artisans Club, dan Setiausaha 1 Majlis Perwakilan Pelajar. Dalam ucapan valedictorian yang penuh inspirasi, beliau mengimbas kembali perjalanan kolektif para graduan.

“Melalui suka dan duka, kita telah belajar, berkembang, dan berusaha untuk mencapai saat yang bermakna ini. Berdirinya kita di sini untuk menghadapi peringkat hidup yang seterusnya, kita harus menyambut peluang untuk membentuk masa depan, mengejar minat, dan membentuk legasi yang bermakna,” katanya.

Institusi ini kekal teguh dalam komitmennya menyokong SMJ dengan melahirkan graduan berkemahiran yang menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan negeri.

Cyberjaya College Kota Kinabalu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada graduan Kelas 2024 atas pencapaian mereka yang cemerlang.

Cyberjaya College Kota Kinabalu kini membuka permohonan bagi tahun akademik 2024/2025. Pelajar lepasan SPM yang berminat boleh memohon melalui laman web kk.cyberjaya.edu.my/mohon atau hubungi kolej melalui WhatsApp di 019-3888621.

Ditubuhkan pada tahun 2008, Cyberjaya College Kota Kinabalu berada di hadapan transformasi pendidikan, menawarkan kemudahan dan makmal yang lengkap. Kolej ini komited untuk menyediakan pendidikan berkualiti dan memperkayakan pengalaman pelajar, yang telah melayakkan kolej ini menerima penarafan ‘Kompetitif’ dalam Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQuest) 2022.

Kolej ini juga afliasi kepada University of Cyberjaya, yang memberikan manfaat melalui perkongsian sumber, pemindahan ilmu, dan penanda aras kualiti. Universiti tersebut baru-baru ini mendapat penarafan 5 Bintang dalam QS Universities Rankings, menyokong Cyberjaya College Kota Kinabalu dan institusi saudaranya, Cyberjaya College Kuching.

Semua institusi di bawah jenama Cyberjaya beroperasi dengan visi untuk meningkatkan komuniti melalui akses pendidikan berkualiti.

RELATED ARTICLES
Utama

UMS terima 148 geran penyelidikan sehingga bulan lalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular