HomeUtamaInovasi PSO bantu perkasa kualiti pendikan, pengurusan sekolah

Inovasi PSO bantu perkasa kualiti pendikan, pengurusan sekolah

Read Time:1 Minute, 26 Second

Kudat : Inovasi Pengurusan dan Pelan Strategik Organisasi (PSO) Sekolah Kebangsaan (SK) Lotong bagi tempoh tiga tahun bermula 2025 berupaya membantu memperkasa kualiti pendidikan dan pengurusan sekolah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, PSO 2025 – 2027 itu merupakan sebuah dokumen penting yang mencerminkan visi, misi, dan matlamat sekolah berkenaan bagi tempoh tiga tahun akan datang.

Katanya, ia bukan sekadar perancangan, tetapi kompas strategik yang akan memandu perjalanan sekolah dalam usaha mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah, dan nilai-nilai kemanusiaan.

“Penyempurnaan PSO 2022 – 2024 sebelum ini membuktikan bahawa sekolah ini sentiasa komited terhadap peningkatan berterusan demi kesejahteraan pelajar dan komuniti sekolah.  Saya percaya kejayaan PSO 2022 – 2024 ini adalah hasil usaha dan kerjasama dari pelbagai pihak terutama PPD Kudat.

“Saya amat teruja untuk melihat bagaimana PSO kali ini akan membawa SK Lotong ke tahap yang lebih tinggi, terutama dalam usaha memenuhi keperluan Pendidikan Abad ke-21, memperkukuh integrasi teknologi, dan menyemai budaya inovasi di kalangan warga sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Inovasi Pengrusan dan Pembentangan PSO 2025-2027 SK Lotong di sini semalam.

Ruslan berkata, selain PSO, Inovasi Pengurusan ‘Hoturan Tavasih’ juga adalah satu langkah berani dan bijak sekolah berkenaan yang merupakan manifestasi usaha sekolah ke arah memperkasakan ICT dan pendigitalan.

Katanya, ia adalah selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membentuk generasi digital yang mampu bersaing di peringkat global.

“Selain daripada menyokong transformasi teknologi, Inovasi Pengurusan ‘Hoturan Tavasih’ juga menunjukkan keprihatinan pihak sekolah terhadap kelestarian alam sekitar.

“Dengan mengurangkan penggunaan kertas, kita bukan sahaja menjimatkan kos operasi tetapi juga menyumbang kepada usaha mengurangkan pencemaran.

“Langkah ini membuktikan bahawa inovasi bukan hanya tentang kemajuan teknologi, tetapi juga tentang tanggungjawab sosial dan alam sekitar,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular