HomeUtamaKerjasama DBKK, MCMC bangun bandar pintar satu langkah permulaan

Kerjasama DBKK, MCMC bangun bandar pintar satu langkah permulaan

Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu : Kerjasama antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membangunkan bandar pintar merupakan satu langkah permulaan ke arah bandaraya bertaraf bandar pintar berwawasan menjelang 2040.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, kerjasama yang dijalin menerusi Memorandum  Persefahaman  (MoU)  yang ditandatangani semalam mempunyai kerangka strategik bagi memudahkan kedua-dua pihak mengarus perdanakan perancangan bandar pintar.

“Perjanjian persefahaman ini mempunyai kerangka yang strategik untuk memudah cara usaha kedua-dua pihak untuk mengarus perdanakan perancangan bandar pintar di bawah program Bandaraya Pintar Kota Kinabalu.

“Antara inisiatif utama yang bakal dilaksanakan termasuklah mempertingkat keselamatan awam menerusi kamera pengawasan digital (CCTV) serta mewujudkan Command Centre yang moden dan mempunyai teknologi yang terkini.

“Selain itu, inisiatif lain adalah bagi mempelbagai sebanyak yang mungkin perkhidmatan bandaraya yang boleh diakses secara dalam talian sebagai contoh pengurusan sampah,  pengurusan  jalan  dan  trafik, penguatkuasaan,  permit  dan lesen, perancangan dan Pembangunan, sewaan dan lain lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani MoU antara DBKK dan MCMC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Majlis itu dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Sabin berkata, inisiatif lain menerusi kerjasama itu adalah bagi mewujudkan lampu jalan pintar yang dikawal oleh sistem pengurusan lampu pintar yang berkeupayaan memantau kadarpenggunaan dan sebagainya.

Katanya, kerjasama itu turut akan menambahbaik liputan internet di seluruh kawasan Kota Kinabalu dalam menyokong perkhidmatan Digital Kerajaan Negeri Sabah.

“Kerangka strategik ini juga akan turut memperbanyakkan kempen kesedaran berkaitan cashless society dalam memupuk budaya tanpa tunai di seluruh rantaian urus niaga dalam memacu ekonomi digital.

“Selain itu, kita juga akan mentransformasikan bandaraya kota Kinabalu kearah lebih progresif, inklusif sertamampan dan memastikan masalah bandarayadapat diatasi secara pintar dan berkesan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Isu SMM, klip video ADUN disifatkan lebih kepada ‘sakit hati’ dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular