HomeUtamaMahkamah tetapkan 9 April bagi kes Bung Mokhtar dan isteri

Mahkamah tetapkan 9 April bagi kes Bung Mokhtar dan isteri

Read Time:1 Minute, 9 Second

KUALA LUMPUR — Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur menetapkan tarikh 21 Januari bagi pengurusan kes, dan 9-11 April 2025, 14-15 April, serta 5 dan 6 Mei 2025 bagi menyambung semula perbicaraan membabitkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Hakim Mahkamah Seksyen, Rosli Ahmad, yang kini mendengar kes terbabit, turut memutuskan jaminan sebanyak RM100,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin, serta pasport disimpan di mahkamah.

Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Low Chin How, manakala peguam Datuk K. Kumaraendran masing-masing mewakili Bung Moktar dan Zizie Izette.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra bagi melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Beliau didakwa menerima suapan daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi, melalui Zizie Izette di Public Bank, Cawangan Taman Melawati di sini, antara jam 12.30 tengah hari hingga 5 petang pada 12 Jun 2015.

Bung Moktar turut didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili atas nama Zizie Izette atas sebab dan tempat yang sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Enggan Guna Jejantas: Pejalan kaki dan penunggang motosikal maut di Jalan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular