HomeUtamaPETRA luluskan 82 projek di bawah RMKe-12 di Sabah

PETRA luluskan 82 projek di bawah RMKe-12 di Sabah

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah meluluskan 82 projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dengan kos keseluruhan berjumlah RM8.5 bilion di Sabah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, daripada jumlah projek diluluskan sebanyak 53 projek secara geran langsung dilaksanakan melibatkan beberapa agensi dibawah PETRA.

Selain itu katanya, 29 projek lagi adalah secara pinjaman yang dilaksanakan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) Sabah.

“Untuk Sabah, jumlah peruntukan semasa di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) RMKe-12 pada tahun ini sebanyak RM674.4 juta disalurkan di Sabah.

“Menerusi peruntukan itu, 25 projek dengan peruntukan  semasa tahun ini sebanyak RM117.7 ju dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS); 26 projek sebanyak RM216.6 juta dibawah pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) dan 15 projek sebanyak RM221.7 juta dibawah JANS.

“Selain itu,16 projek dengan peruntukan RM118.3 juta diberikan dibawah JPP Sabah,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Siap Kementerian PETRA kepada Kerajaan Sabah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.

Sementara itu, JPS Sabah telah diperuntukan sebanyak RM116.77 juta untuk pelaksanaan 27 projek dalam (RP5) tahun 2025

Katanya, semua keperluan peruntukan bagi tahun 2025 projek-projek di atas kini di peringkat akhir perbahasan Belanjawan 2025 di Parlimen.

anakala RM116.77 juta diperuntukkan kepada JPS Sabah untuk pelaksanaan 27 projek dalam Rolling Plan Kelima (RP5). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hentikan fitnah, Musa Aman pilihan tepat sebagai TYT Sabah – Yahya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular