HomeUtamaSapawi, Abd Hakim kekal jawatan bagi penggal kedua

Sapawi, Abd Hakim kekal jawatan bagi penggal kedua

Read Time:1 Minute, 5 Second

Kota Kinabalu : Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Sapawi Ahmad mengekalkan jawatan yang disandang untuk penggal kedua bagi tempoh 2025 hingga 2027.

Beliau dipilih semula pada Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan USIA kali ke-38 yang berakhir di sini semalam.

Turut mengekalkan jawatan adalah Datuk Abd Hakim Gulam Hasan; Ketua Belia Datuk Jamawi Jaafar dan Ketua Wanita Datuk Siti Aminah Aching.

Pada pemilihan penggal baharu itu, seramai lima Naib Yang Dipertua dipilih perwakilan antaranya Datuk Arshad Idris; Prof Datuk Dr Kasim Md Mansur; Datuk Pg Abd Rahman Muhammad Galpam; Ust Rafaeh Md Enarji dan Datuk Pg Saifuddin Pg Tahir.

Sementara itu, 18 Ahli Majlis Tertinggi (AMT) USIA dipilih pada mesyuarat yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan diwakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya Jumaat lalu.

Antara AMT terpilih adalah Zulpah Tun Datu Mustapha; Dr Mechor @ Abd Halim Juinis; Ahmaddin Mohd Said; Serubih Marimin; Mohd Halikin Angga; Nursuhana Abdullah; Aisah Saadiah Okk Zainal; Yahya Okk Zainal dan Pajudin Nordin.

Selain itu, Datu Mazlan Datu Ibrahim; Datuk Dr Mingu Jumaan; Abdin Darus; Nanih Abah; Ahmad Mohd Said; Mohamad Sufan Baharin; Edul Mulud; Matrudin Radin dan Raisin Gagah turut dipilih AMT USIA bagi tempoh sehingga 2027.

Manakala Datuk Ismarah Madcasar dipilih sebagai Pengerusi Tetap dan Mohd Yassin Mohd Yunus sebagai Timbalan Pengerusi Tetap. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular