HomeUtamaBudaya fitnah, adu domba, punca penolakan belia terlibat politik - Abqaree

Budaya fitnah, adu domba, punca penolakan belia terlibat politik – Abqaree

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Landskap politik Sabah yang dicemari dengan budaya fitnah dan adu domba merupakan antara punca utama kepada penolakan berpanjangan golongan belia untuk terlibat di dalam politik, kata Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), Abqaree Fawwaz Abekan.

Menurutnya, situasi ini turut merencat pembangunan literasi politik pengundi muda di Sabah.

“Dalam konteks plot skandal rasuah lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, MBS melihat ianya sebagai suatu gerakan politik yang tidak sihat untuk belia di negeri ini.

“Justeru, MBS menggesa agar ‘whistleblower’ terbabit tampil ke depan secara bermaruah dan melaporkan perkara berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi laluan kepada proses undang-undang seperti disaran Ketua Menteri Sabah,” kata Abqaree dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan melapor perkara tersebut kepada media yang membelakangi etika kewartananan hanya akan menimbulkan kegusaran awam dan menganggu kesejahteraan rakyat khususnya belia Sabah yang banyak bergantung kepada kestabilan politik untuk terus membangun.

“Dalam pada itu, MBS ingin menzahirkan sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan berharap agar agenda pembangunan negeri termasuk Belanjawan Sabah 2025 dapat dilaksana dengan lancar demi kesejahteraan penduduk Sabah.

“Pada masa sama, MBS turut menyeru para pemimpin dan belia Sabah agar bermuhasabah dan merenung kembali sejarah negeri ini yang tidak pernah sunyi daripada campur tangan pihak luar sehingga merugikan penduduk di tanah yang kaya dengan sumber alam ini, mengatasi negeri-negeri lain di Malaysia,” jelas Abqaree.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular