HomeUtamaPemberi Maklumat Sehingga Kini Enggan menyerahkan Bukti Kepada SPRM - Azam

Pemberi Maklumat Sehingga Kini Enggan menyerahkan Bukti Kepada SPRM – Azam

Read Time:1 Minute, 22 Second

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa individu yang mendakwa sebagai pemberi maklumat dalam skandal eksplorasi mineral di Sabah masih enggan menyerahkan bukti yang dimilikinya, menyebabkan agensi itu tidak dapat memberikan perlindungan kepadanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata bahawa pemberi maklumat tersebut menuntut kekebalan sebelum menyerahkan bukti, namun undang-undang mengkehendaki bukti diberikan terlebih dahulu sebelum perlindungan boleh dipertimbangkan.

“Saya ingin tegaskan sekali lagi, kami tidak boleh memberikan perlindungan selagi dia enggan mendedahkan bukti yang dimilikinya.

“Dia datang ke pejabat kami bersama peguamnya, berunding dengan peguam, tetapi keputusan untuk tidak menyerahkan bukti itu adalah daripadanya sendiri,” kata Azam kepada media selepas menghadiri Hari Antirasuah Antarabangsa hari ini.

Tambah Azam lagi, individu itu lebih memilih untuk memberikan bukti tersebut kepada pihak media berbanding SPRM.

“Dia memberikan bukti kepada anda semua (media), bukan kepada SPRM. Jadi, bagaimana kami boleh bertindak?” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan siasatan, menurut Azam, seramai 15 individu termasuk 8 adun telah dipanggil bagi membantu siasatan.

Katanya SPRM kini sedang menyiasat dua kes utama berkaitan skandal ini. Kes pertama melibatkan individu yang mendakwa sebagai pemberi maklumat tersebut dan seorang pegawai Sabah, manakala kes kedua melibatkan beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Bagi kes pertama, kami telah merekodkan kenyataan daripada pemberi maklumat itu dan pegawai Sabah yang terlibat.

“Bagi kes ADUN, kami telah merekodkan 15 kenyataan, termasuk lapan ADUN,” jelas Azam.

Dalam pada itu, SPRM menyeru orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai kes ini dan memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh.

“Kami sedang menyiasat kes ini secara profesional dan adil. Semua pihak harus bersabar dan membiarkan siasatan ini dijalankan tanpa tekanan luar,” tegas Azam.

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular