HomeUtamaPRN17 : GRS tubuh jawatankuasa muktamad senarai calon

PRN17 : GRS tubuh jawatankuasa muktamad senarai calon

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu: Sebuah jawatankuasa bagi memuktamadkan senarai calon untuk mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) sudah diwujudkan dan dijangka akan dimuktamadkan April tahun depan.

Ketua Pemuda GRS, Datuk Jonnybone J Kurum, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi memperhalusi senarai calon gabungan itu di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita ada satu jawatankuasa yang sudah dibentuk untuk pemilihan calon. Baru-baru ini kita ada mesyuarat peringkat tertinggi GRS dan ada satu jawatankuasa yang diarahkan untuk mengendalikan perkara ini dan memperhalusi calon kita di semua 73 DUN. 

“Mungkin lewat bulan satu (Januari) ini bergerak kemudian kita boleh muktamadkan dalam bulan empat (April) tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pemuda GRS, di sini, semalam.

Pelancaran pergerakan itu disempurnakan Timbalan Pengerusi GRS yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Jonnybone yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid berkat, pemilihan calon mewakili GRS merangkumi semua peringkat parti termasuk sayap pemuda.

Sementara itu, mengulas desakan pihak lawan supaya PRN17 diawalkan, Jonnybone berkata perkara itu tidak dapat dilakukan kerana kerajaan mahu Belanjawan Sabah 2025 dilaksanakan terlebih dahulu.

“Kita mahu belanjakan dulu belanjawan yang dibentang di DUN baru-baru ini, kasihan rakyat kita menunggu. Kalau ubah lagi kerajaan, nanti tukar lagi belanjawan, susahlah.

“Jadi, kita habiskan penggal DUN sekarang sebelum bubar, sabarlah. 

Yang paling penting bajet yang kita sudah luluskan bersama pembangkang perlu dibelanjakan untuk rakyat,” katanya.

Katanya, PRN17 pasti diadakan pada tahun depan bagi membolehkan rakyat menentukan siapa yang layak untuk membentuk kerajaan baharu di Sabah.

PRN17 bakal menyaksikan lapan parti tempatan yang menjadi komponen GRS bertanding menggunakan lambang yang sama iaitu lambang GRS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular