HomeUtamaKPDN Sandakan serbu premis jual gula mahal di Sugut

KPDN Sandakan serbu premis jual gula mahal di Sugut

Read Time:2 Minute, 10 Second

SANDAKAN: Sebanyak 77 kilogram gula pasir putih bertapis (kasar) telah disita dalam satu operasi penguatkuasaan oleh sepasukan Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan di sebuah kedai di Kampung Talidusun, Sugut pada Isnin (9 Dis).

Tindakan ini susulan aduan di media sosial baru-baru ini mengenai harga barangan yang mahal dijual di premis perniagaan berkenaan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Cawangan Sandakan Azdy Zukkry John berkata hasil pemeriksaan yang dijalankan, satu tindakan kes di bawah Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 telah diambil ke atas sebuah premis perniagaan yang diurusniagakan oleh pemilik warga asing yang didapati menjual gula pasir putih bertapis (kasar) melebihi daripada harga kawalan.

Katanya, pemeriksaan mendapati premis perniagaan terbabit menjual gula putih bertapis (kasar) dengan harga RM3.00 sekilogram berbanding harga kawalan yang ditetapkan iaitu RM2.85 sekilogram.

“Sebanyak 77 kilogram gula putih bertapis (kasar) telah disita daripada premis perniagaan terbabit untuk tindakan selanjutnya di bawah AKHAP 2011,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azdy, sejak 1 September 2018, harga kawalan runcit telah ditetapkan pada RM2.85/kg bagi gula kasar dan RM2.95/kg bagi gula halus.

“Sebanyak tujuh buah premis perniagaan di sekitar kawasan Sugut telah diperiksa pada hari ini dan semua peniaga telah diberikan nasihat agar menjual barang kawalan pada harga yang ditetapkan oleh kerajaan serta memastikan agar harga barangan yang dipamerkan adalah sama apabila pengguna membuat bayaran semasa membeli barangan tersebut,” katanya.

Beliau turut menasihatkan agar para peniaga di daerah ini agar sentiasa mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN terutamanya mempamerkan tanda harga ke atas barangan yang dijual dan menjual barang kawalan terutamanya gula, minyak masak dan tepung gandum mengikut harga yang ditetapkan oleh Kerajaan.

“Tindakan tegas di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati terlibat di dalam aktiviti penyelewengan bekalan serta penjualan bersyarat barang kawalan meliputi gula, minyak masak, tepung gandum, gas petroleum cecair, minyak petrol dan diesel,” tegasnya.

Tambah beliau lgi, pegawai-pegawai KPDN Sandakan juga sentiasa turun padang untuk menjalankan pemeriksaan di kawasan luar bandar dan di bandar bagi memastikan para peniaga mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan oleh KPDN.

“KPDN Cawangan Sandakan mengalu-alukan sebarang maklumat dan aduan berkaitan salah laku peniaga,” ujarnya.

Pengguna boleh menyalurkan aduan menerusi saluran-saluran rasmi aduan di KPDN seperti berikut:

1) Whatsapp 019 848 8000
2) Portal Aduan: http://eaduan.kpdn.gov.my
3) Call Centre 1 800 886 800
4) Emel: e [email protected]
5) Aplikasi Ez ADU KPDN
6) Pusat Arahan Penguatkuasaan (Enforcement Command (Enforcement
Command Centre): 03 –– 8882 6088 / 6245
7) Surat Rasmi ke Pejabat KPDN yang berdekatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular