HomeSukanMartin Stano dilantik Ketua Jurulatih Sabah FC baharu

Martin Stano dilantik Ketua Jurulatih Sabah FC baharu

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Sabah FC hari ini mengumumkan Martin Stano dilantik sebagai Ketua Jurulatih pasukan itu sehingga tamat musim 2024/2025.

Pengurus Besar Sabah FC Mohd Joh Wid berkata, Martin merupakan pemegang Lesen Pro dan sebelum ini adalah Jurulatih Kecergasan Sabah FC.

Selain itu katanya, Martin sebelum ini turut dilantik sebagai Penolong Jurulatih interim bersama Alto Linus selepas bekas pengendali pasukan Datuk Ong Kim Swee tidak meneruskan kontrak bersama skuad Badak penghujung November lalu.

“Dengan pelantikan Martin sebagai pengendali baharu skuad Badak, Alto yang sebelum ini menjadi Ketua Jurulatih interim dilantik sebagai penolong jurulatih.

“Manakala Muhamadin Abdul Ajid daripada pasukan Sabah FC II menjadi Jurulatih Kecergasan Sabah FC sehingga tamat musim 2024/2025.

“Pelantikan itu diambil daripada barisan kejurulatihan sedia ada bagi memastikan momentum kemenangan serta pendekatan pasukan seperti latihan, taktikal, metodologi dan analisis video dapat diteruskan dan tidak menjejaskan prestasi pasukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Joh berkata, pihak MFL memberikan tempoh sehingga hari ini untuk Sabah FC melantik Ketua Jurulatih baharu yang memiliki Lesen Pro.

“Semoga gandingan kejurulatihan baharu ini dapat meneruskan kesinambungan keserasian pasukan seperti yang telah ditunjukkan dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini hingga ke akhir musim,” katanya.

Beliau turut berharap agar sokongan berterusan penyokong untuk memastikan kejayaan pasukan memperbaiki kedudukan di carta liga dan terus mara ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala Malaysia. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular