HomeSukanSabah bersetuju anjur semula Sukan Borneo

Sabah bersetuju anjur semula Sukan Borneo

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah bersetuju Sukan Borneo dianjurkan semula selepas temasya sukan itu diadakan pada 2013 di Wilayah Persekutuan Labuan. 

Perkara itu dinyatakan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin selepas menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED). 

Terdahulu MYSED yang diketuai Timbalan Menterinya Dato Gerald Rentap Jabu mencadangkan agar acara Sukan Borneo dihidupkan semula setelah 11 tahun tidak dianjurkan. 

Temasya Sukan itu dijangka akan dianjurkan pada tahun depan dimana Sarawak akan menjadi tuan rumah sebagaimana yang diumumkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg pada Ogos lalu. 

Johari berkata demikian ketika membuat pengumuman semasa Majlis Makan Malam SUKMA XXI Sarawak 2024 di Borneo Convention Centre, Kuching pada Ogos tahun ini.  

Dalam ucapannya,  Johari memaklumkan Sarawak akan menjadi penaja utama bagi kejohanan berprestij itu.

Dalam pada itu, Ellron berkata penganjuran Sukan Borneo itu adalah selari dengan aspirasi semangat Borneo untuk mengukuhkan hubungan lebih erat antara wilayah-wilayah di Borneo iaitu Sarawak, Sabah, Brunei Darussalam, Wilayah Persekutuan Labuan dan Kalimantan Indonesia.   

Selain itu katanya, acara sukan itu juga penting  sebagai satu kesinambungan dan pendedahan kepada atlet-atlet untuk beraksi lebih cemerlang di kejohanan-kejohanan yang besar lagi. 

Sukan Borneo merupakan acara sukan tahunan yang melibatkan peserta  dari wilayah dan negara di Kepulauan Borneo. Acara sukan ini bermula pada tahun 1954 di Seria Recreation Club (SRC), Brunei Darussalam.  

Kejohanan ini telah diberikan nafas baru pada tahun 2005 sehingga tahun 2013  dan  diadakan secara dwitahunan yang seterusnya penganjuran terhenti sehingga sekarang. 

Hadir sama dalam kunjungan itu, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Tetap KBSS Datuk Mansur Asun, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Morshidi Frederick. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Nguyen Anh Minh & Sieun Lee dinobatkan juara Kejohanan Golf Amatur...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular