HomeUtamaPemimpin politik Sabah diseru fokus pada Konsep Madani - Abdul Rahman

Pemimpin politik Sabah diseru fokus pada Konsep Madani – Abdul Rahman

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Abdul Rahman Md Yakub, menegaskan bahawa gesaan dan kecaman yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin parti politik Sabah kebelakangan ini tidak lebih daripada agenda publisiti politik.

Justeru, beliau menasihati para pemimpin berkenaan untuk menilai tindakan mereka dan memahami asas kepimpinan negara yang berpandukan Konsep Madani.

“Apakah mereka yang lantang bersuara benar-benar suci dan bersih dari isu yang mereka bangkitkan? Jika tidak, apakah makna seruan mereka yang berkobar-kobar?” soal Abdul Rahman dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi jaminan bahawa siasatan terhadap isu-isu berbangkit akan dilaksanakan secara telus dan adil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Beliau menyatakan bahawa sebarang tindakan selanjutnya harus bergantung kepada hasil siasatan tersebut.

“Keributan desakan ini mencerminkan ketidakpercayaan terhadap kewibawaan YAB Perdana Menteri, walaupun mereka adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh beliau. Ini bukan sahaja mencerminkan sikap tidak hormat, malah seolah-olah menghina kedudukan PM,” katanya.

Abdul Rahman turut menyeru agar pemimpin parti politik dalam kerajaan perpaduan memahami dan menghayati Konsep Madani, yang menjadi teras pembangunan negara.

“Dua elemen utama, iaitu hormat dan keyakinan, jelas terkandung dalam konsep tersebut,” katanya.

Beliau menyifatkan kekecohan yang berlaku kini sebagai cerminan kegagalan pemimpin memahami konsep berkenaan.

“Sebagai sebahagian daripada kerajaan perpaduan, adalah penting untuk kita memupuk kerjasama dan memahami asas kepimpinan Madani. Jangan biarkan perbezaan pandangan menjadi penghalang kepada pembangunan negara,” tambah beliau.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa berjaya bangunkan ekonomi Sabah – Arif Sakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular