Kuala Lumpur, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, merasmikan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) MITEC, Kuala Lumpur di mana pelancaran ini menandakan satu langkah besar dalam transformasi digital negara, dengan fokus menjadikan Malaysia sebuah hab kecerdasan buatan (AI) serantau dan global.
Menurut PM, NAIO: Pemacu Transformasi Digital Negara NAIO ditubuhkan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan yang inklusif, dengan menitikberatkan nilai dan etika dalam penggunaannya.
Beliau yang turut menekankan bahawa inisiatif ini adalah sebahagian daripada kerangka ekonomi digital negara, yang dijangka menyumbang sehingga 25.5% kepada KDNK dalam tempoh setahun.
Katanya Malaysia juga berbangga menjadi antara negara pertama yang menubuhkan Kementerian Digital, satu langkah yang memperlihatkan komitmen terhadap transformasi sistemik dan anjakan paradigma dalam pentadbiran.
Ujar Perdana Menteri lagi, Kerjasama Antarabangsa dan Pelaburan Besar Majlis tersebut turut menyaksikan penyertaan syarikat teknologi antarabangsa seperti Microsoft, Google, NVIDIA, Huawei, dan ZTE. Kerjasama strategik ini membuktikan keyakinan dunia terhadap potensi Malaysia dalam sektor teknologi.
Antara projek besar yang diumumkan termasuk pembangunan pusat data hijau berkapasiti 500 megawatt di Johor serta penggunaan cip GB200 Grace Blackwell, superkomputer terpantas dunia. YTL, salah satu pemain utama tempatan, telah melabur lebih RM20 bilion dalam teknologi AI di Malaysia, termasuk memperkenalkan ILMU 0.1, model bahasa berskala besar pertama Malaysia.
Tambah Perdana Menteri lagi, di Dalam majlis-majlis terdahulu di depan penjawat awam, beliau selalu sebut mengenai anjakan paradigma.
“ Thomas Kuhn yang mulakan idea ini. Tetapi kalau kita baca Thomas Kuhn, paradigm shift itu bukan alih 1 atau 2 peraturan dan 1 atau 2 surat pekeliling dan 1 atau 2 dasar.
Anjakan paradigma itu menuntut perubahan, pendekatan dan sistem – systemic change” dan sebab itu Beliau sangat bimbang hal ini dan rakan-rakan menteri tahu saya kadang kurang sabar, sebab itu bila dalam isu yang terbaru, MyDigital ID saya sergah termasuk Kementerian Digital, kerana mereka harus bantu menyelaraskan.
Tapi saudara harus faham kerana kalau kita tidak lakukan anjakan dengan kepantasan yang luar biasa, kita akan tewas. Cita-cita kita akan hanya menjadi cita-cita di alam maya katanya..
Perdana Menteri yang turut menekankan mengenai Latihan dan Literasi Digital di mana pendidikan digital, daripada sekolah rendah hingga universiti, adalah asas penting untuk memperkasakan rakyat dalam era Revolusi Industri Keempat dan mensasarkan melatih 50,000 tenaga kerja mahir menjelang 2025 melalui program My Mahir.
Di dalam program itu juga PM turut melancarkan Etika dan Tadbir Urus AI Kod Etika dan Tadbir Urus AI (AIGE) yang menekankan prinsip kebebasan, ketelusan, dan keadilan dalam pembangunan dan penggunaan teknologi AI.
Perdana Menteri menekankan kepentingan mengekalkan identiti dan nilai tempatan dalam aplikasi AI untuk memastikan ia membawa manfaat menyeluruh kepada masyarakat katanya.