HomeUtama50 anak yatim DUN Membakut diraikan sempena Krismas

50 anak yatim DUN Membakut diraikan sempena Krismas

Read Time:1 Minute, 15 Second

Beaufort: Lebih 50 anak yatim dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut yang menyambut perayaan Krismas diraikan dalam satu program ‘shopping’ di salah sebuah pasar raya di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, program itu merupan salah satu tradisi yang dilaksanakan sejak lima tahun lalu.

“Hari ini (semalam) saya bersama-sama sebahagian daripada anak yatim sekitar DUN Membakut yang akan meraikan Krismas untuk membeli pakaian mereka.

“Ini adalah tradisi kita sejak lima tahun yang lalu, kita bawa mereka shopping untuk mereka memilih pakaian untuk Krismas dan semoga mereka akan bergembira menjelang Krismas dengan pakaian pilihan mereka.

“Mudah-mudahan anak-anak ini akan membesar dengan baik, yang sangat penting saya memberikan perhatian kepada mereka dari sudut pendidikan mereka,” katanya ketika ditemui selepas program itu di sini semalam.

Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, selain Krismas, pihaknya turut sama meraikan anak-anak yang menyambut Hari Raya Aidilfitri sebelum ini.

Katanya, lebih 200 anak yatim dibawah jagaan beliau terus diberi perhatian dan dipantau termasuk dari pendidikan ke peringkat lebih tinggi.

“Anak-anak ini sentiasa kita pantau, ada yang sudah tidak lagi berbelanja shopping pada Krismas ini kerana mereka sudah melanjutkan pengajian ke universiti termasuklah dua orang daripada mereka yang kita pantau mereka sejak mereka dari kecil lagi.

“Alhamdulillah mereka sudah berjaya ke universiti, seorang anak angkat saya yang beragama Kristian melanjutkan pengajian di IPG, seorang UITM, adik-beradik dan saya sangat bangga dan bersyukur kerana mereka sudah berjaya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Perkongsian Strategik untuk Masa Depan Tenaga Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular