HomeIsu tempatan80 mangsa terjejas banjir dipindahkan ke PPK Selagon

80 mangsa terjejas banjir dipindahkan ke PPK Selagon

Read Time:52 Second

Beaufort : Seramai 80 mangsa dari 26 Ketua Isi Rumah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon selepas rumah mereka  di Kampung Suasa dan berhampiran dilanda banjir di sini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung bantuan pemindahan mangsa banjir pada jam 3.02 petang tadi.

“Bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort menerima panggilan kecemasan bantuan pemindahan mangsa banjir di Kampung Suasa Beaufort. 

“Pasukan Bomba bersama agensi penyelamat lain bertindak memindahkan mangsa dari Kampung Suasa ke Dewan Selagon  Beaufort,” menurut kenyataan itu di sini.

Terdahulu, Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun petang tadi mengisytiharkan PPK Selagon Beaufort dibuka pada jam 4 petang.

“Selaras dengan pandangan dan cadangan daripada Jawatankuasa Bencana Daerah Beaufort adalah dengan ini saya selaku Pengerusi JPBD Beaufort mengisytiharkan bahawa PPK Selagon dibuka pada jam 4 petang.

“Ini adalah setelah pemeriksaan kawasan dan rumah Penduduk Terjejas Bencana (PTB) telah tidak selamat untuk didiami. Mohon semua agensi yang terlibat untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.- SABAH MEDIA / FOTO JBPM – APM

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Hobi kad permainan tingkat interaksi sosial dalam kalangan belia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular