HomeUtamaGempa bumi lemah sekali lagi berlaku di Ranau

Gempa bumi lemah sekali lagi berlaku di Ranau

Read Time:28 Second

Kota Kinabalu : Kejadian gempa bumi lemah sekali lagi dilaporkan berlaku di Ranau dengan magnitud 3.1 pada jam 10.01 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, gempa bumi tersebut dengan koordinat 6.0 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur serta jarak 14 kilometer (km) Barat dari Ranau.

Gempa bumi dengan kedalaman 10km itu menyebabkan gegaran dirasai di Ranau, Sabah dan kawasan sekitarnya.

Susulan kejadian itu, MetMalaysia akan terus memantau keadaan di sekitar kawasan terbabit.

Sehubungan itu, MetMalaysia meminta mereka yang terjejas untuk mengisi borang selidik di https://forms.gle/PTpG6bkdD6EZB4F29. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca
Utama

Hujan berterusan empat hari dijangka berlaku bermula Khamis ini – MetMalaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular