Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama empat hari dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah bermula Khamis ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu turut berlaku dibeberapa buah negeri di Semenanjung dan Sarawak.
Di Sabah, keadaan cuaca itu diramalkan akan melanda Pantai Barat meliputi Ranau dan Kota Belud serta Sandakan;Telupid; Kinabatangan; Beluran dan Sandakanserta Kudat.
Keadaan cuaca itu dijangka akan berlaku sehingga Ahad ini.
Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca sama mungkin terjadi di negeri Johor melihatkan Mersing dan Kota Tinggi.
“Manakala di Sarawak, ianya melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah,” menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan, keadaan cuaca sama juga dijangka akan berlaku sehingga esok melibatkan negeri Kelantan; Terengganu; Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin). – SABAH MEDIA